CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 25, 2011

RANTING CINTA SI PLATO..

hye peeps ! :)

tak tau la kenapa,tibe2 plak nak buat entry pasal CINTA..yes,LOVE..actually,aku tengah bace satu novel ni..RANTING CINTA SI PLATO (NorHayati Berahim)..jalan cerita yg sgt2 menarik.banyak pengajaran yg aku dpt from this novel..


'Hidup ini memang MISTERI..penuh KEANEHAN..
tidak ada seorang pun dalam dunia ni yg dapat menjangkakan apa yg
akan berlaku dalam kehidupan..'


novel ni banyak story pasal cara penerimaan individu tentang hakikat kematian,keinsafan..belajar untuk memaafkan org lain..jgn berdendam.belajar menerima setiap ujian yg TUHAN berikan itu ada hikmah yg tersendiri..TUHAN tak kan turunkan ujian pada seseorang hambaNYA jika hamba itu tidak mampu untuk menghadapinya !


Plato bertanyakan makna CINTA dan Socrates pun menjawab :

'Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yg menurutmu paling baik. Tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.'

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa sebarang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato :

'Saya sebenarnya sudah menemui ranting yg sangat bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yg lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan, ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.'

Guru itu pun berkata :

'Itulah CINTA..'

Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan.

Guru pun menjawab :

'Sama seperti ranting tadi. Namun kali ini engkau harus membawa satu pohon yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.'

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya,maka jawab Plato :

'Saya bertemu pohon yg indah daunnya, besar batangnya, tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari hutan. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yg tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.'

Lalu sang guru berkata :

'Itulah makna perkahwinan..'

penuh makna kan ? this novel is awesome ! ...TUHAN beri kita beluncas untuk kita dapat rama-rama yg cantik...jgn mudah mengalah jika kita tak henti-henti diuji..kerana hanya TUHAN yg Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hamba2NYA..insya-allah !




awesome novel ! :)


notaperingatan : sentiasa muhasabah diri agar kita tidak 'JAUH' dari-NYA.. :)




No comments:

Post a Comment