CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 31, 2011

happy eid peeps ! :)



assalamualaikum,


firstly..









*kad raya untuk korang!* :D


sorry peeps ! ni entry nak cepat. kesibukan melayan anak, cucu & cicit yg bertandang ke rumah mengatasi segalanya. muahaha. insya-allah, ade masa nanti aku update story raya ok ? take care, jangan main mercun dan jangan bahayakan diri anda ! :)



kalau ada salah dan silap, aku menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf.
*duit raya jangan lupa bagi !* muahaha :D



thank you for reading this entry ! luv you peeps ! :)







Saturday, August 27, 2011

jom main masak-masak !




hye peeps ! :)


entry kali ni aku nak ajak korang main masak-masak. muahaha. jangan tak pecaya pulak ! di sebabkan aku ni suka sangat makan coklat, so resipi aku ni pun melibatkan coklat jugak la. actually, kuih ni senang je nk buat sebab tiada penggunaan oven or proses-proses yg memeningkan kepala. kalau susah, memang tak la nak suruh aku buat. huhu.





bahan-bahan yg diperlukan : cornflakes, coklat masakan, cawan kertas, hazelnut.
(kalau korang nak guna badam pun boleh jugak. tapi sebab kat rumah aku ade hazelnut je so aku guna yg tu jela. coklat masakan pun boleh guna apa-apa brand, janji sedap dan halal ok)




firstly, potong coklat masakan tu kecik-kecik untuk dicairkan.




masukkan cornflakes, hazelnut yg dikisar dan coklat yg dah dicairkan ke dalam satu bekas.<-- disebabkan aku ni pemalas, so aku blend je. lg bagus kalau di potong kecik-kecik. hazelnut tu kena goreng untuk bagi rangup. lepas tu, kacau semua bahan tu sampai sebati.




next step, masuk kan la cornflakes yg dh digaul dengan coklat dan hazelnut tadi kedalam cawan kertas macam ni. lakukan proses ni sampai la siap. lepas tu, masukkan dalam peti sejuk dalam 10 hingga 15 minit.




dan.. ini lah hasilnya ! mudahkan ?? senang je buat kuih ni. sebab tu mak aku kata ni kuih orang malas. muahaha. :D



kalau korang rajin boleh la cuba. kalau malas, tak dapek la den nak menolong. haha. selamat berpuasa and thank you for reading this entry ! take care peeps.



p/s : nisa kata kuih ni rasa macam kit kat ! baik korang cuba. muahaha :D





Thursday, August 25, 2011

warkah dari ku...





assalamualaikum,




pertama kali saya dengar suara awak yg sangat merdu waktu melaungkan azan, membuatkan saya nak sangat bertemu dengan awak. kenapa ? entah lah.. cuma nak tengok tuan empunya suara tu. emak saya ada bgtau yg bila petang, awak selalu bawak anak buah awak jalan-jalan kat kampung. tapi saya selalu terlepas peluang. tak pela, mungkin tak de rezeki saya lagi..


saya tinggalkan kampung untuk satu tempoh masa yg agak lama. selama saya jauh dari kampung, saya selalu teringat kat awak setiap kali masuk waktu sembahyang. "kalau kat kampung mesti dia yg azan" tu yg selalu saya fikir. bila lah dapat jumpa dengan awak ni ?


minggu lepas, saya balik kampung. saya suka sangat dengar awak mengaji dan azan. rasa damai je bila dengar suara awak. "sabar, ada rezeki nanti dapat la jumpa" saya mengingatkan diri saya lagi. bila solat tarawih, saya cuma dapat dengar suara awak je. yela, tak kan saya nak cari awak pulak kan ? nanti ape pulak orang kata. tak malu ke die ni ? =.='


23 ramadan, 18:00 p.m. saya pergi bazar ramadan dekat pekan. waktu nak balik, dengan tak disangka saya jumpa awak. ya Allah, berdebar nye jantung saya. ayah bgtau saya, tu la orang yg azan kat kampung kita. saya jadi kelu, tak terkata. saya rasa malu nak tengok awak lama-lama. subhanallah, tenangnya bila tengok muka awak. sejuk je hati ni..alhamdulillah. :)




24 ramadan : saya pergi menunaikan solat tarawih seperti biasa. dengan izin Allah, hari ni saya berpeluang untuk menjadi ma'mum awak. bertuahnya saya rasa bila awak mengimamkan solat saya. thank you Allah ! nak menangis rasanya bila dengar bacaan awak dalam solat. terlalu menyentuh hati saya. alhamdulillah.


walaupun saya tahu saya tak berpeluang untuk kenal awak dengan lagi rapat, tak pela saya tak kisah sebab saya sedar sape la saya ni. dah dapat jumpa dan tengok awak dari dekat pun dah cukup buat saya. saya cuma berharap bila saya balik kampung, saya masih berpeluang untuk dengar awak mengaji dan azan lagi. insya-allah.


p/s : saya rasa sangat bertuah sapa yg jadi pasangan hidup awak nanti..



thank you for reading this entry peeps ! :)




Friday, August 19, 2011

aku suka lelaki yang...





hallo peeps ! setelah sekian lama ketandusan idea untuk meng-update blog ni, and finally aku nak berkongsi dengan korang pasal LELAKI. yup ! setiap wanita atau perempuan mesti ada sesuatu yg dia suka dan tak suka kat lelaki pilihan diorang kan ? aku pun camtu jugak. hehehe. jom, layann ~


aku suka lelaki yang :


PANDAI MASAK




nak tau tak kenapa aku suka lelaki yg pandai masak ? sebab mesti hari-hari dia boleh masakkan untuk kita ! muahaha. <-- oke, ni tipu ! tak de la.. actually, in case la kalau ada hari yg kita penat or tak sempat nak masak boleh la dia tolong kita kan ? tak pun buat surprise ke. masak untuk kita waktu birthday or anniversary. mesti sweet. aku suka tengok lelaki yg tak kisah kalau tolong wife dia kat dapur. yela, ade jugak certain lelaki yg tak nak langsung tolong kat dapur sebab dia kata kerja kat dapur tu kerja orang perempuan ! *ayah, i'm so proud of you ! sebab selalu tolong mak kat dapur*



LELAKI YG ADA JANGGUT



*maaf, sebab letak gambar fahrin* contoh je. muehehe ;)


walaupun nampak macam mengarut, tapi series aku suka tengok lelaki yg ada janggut. tak tau la kenapa. pada aku depa ni nampak macam cool la and sejuk je mata memandang. tapi, bukan bermakna aku tak suka lelaki yg tak de janggut ni. satu bonus la kalau bakal pasangan aku tu nanti mempunyai janggut ! hehehe. kepada mereka yg tak-berjanggut tu, anda pun cool and smart jugak ! jangan risau naa.. ;)


ber-KUKU BERSIH



*ihsan google*

sorry guys, ini bad habit aku. tak tau la kenapa setiap kali aku keluar dengan kawan lelaki aku, benda yg pertama yg aku akan tengok : KUKU. aku suka lelaki yg kuku dia bersih. tapi setakat ni, tak pernah lagi aku bagitau kat depa kalau kuku depa ni tak-begitu-nak-bersih. just tengok je. tak berani la nak tegur. hehehe. bukan apa, kebersihan kena jaga jugak kan ? :)



TAK PAKAI AKSESORI YG TER-LAMPAU



*ihsan google*

mintak maaf, aku tak berapa nak berkenan kalau lelaki pakai rantai or apa-apa aksesori yg menyerupai wanita. entah la, maybe sebab ayah aku tak pernah pakai semua tuh. nampak macam pelik la bila tengok lelaki pakai aksesori macam tu. tak sedap mata memandang. ni, pada pandangan aku la. kalau korang suka, tu terpulang pada minat masing-masing kan ? tepuk dada, tanya lah iman ! <-- ustazah aku cakap kalau tepuk dada tanya selera.. uiii, tak larat nak melayan ! muahaha :D *cincin tu, mungkin boleh diterima la kot !*



setakat ni, tu je kot impian + angan-angan aku selain dari yg beriman, hormat orang tua, ada kerjaya and bla..bla..bla. semua orang nak yg macam tu, ye dok ?? yes, i know mustahil kalau nak dapat someone yg ada semua ciri-ciri yg aku suka tu. but, at least ada satu atau dua dari ciri-ciri tu pun ok la kan ?? muahaha. aku ni pun tak de la sempurna mana, semua masih tunggang-terbalik lagi. but, insya-allah i'll try to be the best ! <-- semangatt habis. muahaha. :D



*ini saya*



ok, bye !






Wednesday, August 17, 2011

saeng-il chukahamnida, chingu !





my luvly buddy & me !
(nurulhafiza bt hassan)


babe, happy birthday ! aku ingat lagi kau pernah cakap yg setiap kali tiba birthday kau, kau mesti takut. tau kenapa ? sebab kitaorang selalu buli dia. tak tegur dia, buat tak tau je. kesian jugak bila tengok dia down je. tapi kitaorang rasa seronok ! muahaha. sebab bukan senang nak tengok dia diam. dia ni sangat-suka bercakap oke. <-- maap yoon, ter-bagitau pulak ! teheeee :)


bagi aku, kau sorang kawan yg sangat memahami dan seorang pendengar yg terbaik. kau tak pernah bagi respon yg mengecewakan bila setiap kali kawan-kawan kau perlukan kau untuk mendengar masalah problem diorang. aku sangat bertuah sebab berpeluang kenal kau dan yg lain-lain. nak kenal diorang boleh la klik SINI.


dear, thank you so much for everything ! semoga kau terus sukses. sayang kau ketat-ketat la babe ! hope our friendship will never end. insya-allah. :D



nah, cake untuk kau ! muahaha :D
sweet 21 yaww !
ceria selalu y0on :)




with luv,

aca... <3




Thursday, August 11, 2011

gadis & bola sepak




assalamualaikum and hello ! :)

hye guys. sihatkah anda ? kalau tak sihat, silalah bawak diri anda ke klinik berhampiran. jaga kesihatan tu kan penting. kalau badan kita sihat, barulah kite boleh menjalani ibadah puasa dengan tenang. ye dop ? :D




bola sepak

biasanya sukan bola sepak ni, kaum lelaki je yg minat kan ? yg sanggup berjaga malam-malam buta sebab nk tengok match kelab ni vs kelab tu. tapi, ade jugak lelaki yg tak minat bola ni. tak menarik katanya tengok orang ramai-ramai kejar sebijik bola. boleh macam tu ? muahaha. ikut kau la ! and semua orang tahu yg kaum perempuan ni, tak ramai yg minat sukan ni. kenapa ? kau jangan tanya aku. sebab aku SANGAT minat dengan sukan ni. ;)


waktu mula-mula aku layan bola ni time world cup. best woh.. time tu aku join adik, abang, ayah, atuk, pak cik aku. lepas tu, aku start addict ! <-- seram tak ? muahaha. habis world cup, aku buat research pasal kelab pulak. aku start follow kelab ni :




masa zaman sekolah, minat aku ni tak de terserlah sangat sebab member-member aku tak de yg layan bola. boring sungguh ! huhu. but, bile aku sambung belajar nasib aku baik sebab aku dapat member yg sama minat dengan aku. kebetulan, diorang pun suka Man Utd. fuhh, terbaekk la korang !


pernah sekali tu, kitaorang 'fly' dari hostel. <-- berani mati nih. dah la time tu baru 1st sem. cari pasal betul ! hahaha. nak tengok match penting punya pasal, sanggup tuh. kitaorang kena overnite sebab match tu pukul 3 pagi. pintu hostel tutup pukul 11 malam. after 11pm mane boleh keluar dah. tak de pilihan lain, tu je jalan yg ade. (maap ye warden, terpaksa bohong sunat) hehehe.


cite last sem pulak, kitaorg gaduh dengan warden sebab dia tak bagi kitaorg nk tengok final world cup ! nasib kitaorg tak baik sebab time tu, warden wanita yg jaga malam. beria-ia ni dia tak bagi tengok. kitaorg call pemilik bangunan hostel tuh, suruh dia setelkan hal warden ni. dasyat kan ? muahaha. ape hal entah warden tu, tetibe je nak cari pasal dengan kitaorg. kejam betul. tau tak WC tu 4 tahun sekali ? aishh =.='




korang tau tak ape yg best sangat kalau tengok bola kat mapley a.k.a mamak atau kat kedai-kedai yg ade scrint yg besar tuh ? bile bola masuk ke gawang gol, dan kami akan menjerit gooooaaaallll !! sekuat hati, tu la moment terindah ! hahaha. lagi satu, bile tengok macam nak gol tapi bola tersasar. kami akan menjerit aaahhhhhh !! syok sangat. *tetiba rindu kat member aku*





ni feveret player aku. yg lain ade jugak yg aku minat. kira ni paling-paling suka laa.


tulis surat kebenaran sebab nak tengok bola ni pun kitaorg penah buat. siap signature lagi uuoolls. hahaha. bet dengan member-member yg anti-Man Utd pon aku pernah jugak. and aku selalunya bernasib baik sebab MU menang. layan match dengan pakcik-pakcik kat warung pun jadik. muahaha. series, pakcik tu kelakar woh. siap kecek ganu, kelate. habes belaka keluar. memang best la ! :)


dan disebabkan minat aku ni jugak la aku pernah di-reject dengan sorang mamat nih. kecewa ?? tak pon, lantak kau la. aku pon tak paham kenapa kau tak boleh terima minat aku nih. ade effect ke kat kau kalau aku suka bola ? sadis sungguh la..


anda ada minat yg lain dari kebiasaan ? boleh la share. kadang-kadang rasa seronok jugak kalau ada minat yg lain dari yg lain nih kan ? ;)



-thank you for reading this entry!-




Tuesday, August 9, 2011

akhirnya....



assalamualaikum peeps !


this is quick entry actually. setelah berpenat lelah aku belajar guna adobe photoshop, dan akhirnya aku berjaya menyiapkan header baru untuk blog aku ni. tak de la lawa mane pon kan.. muahaha. <-- ade aku kesah ?! banyak kali jugak la kegagalan yg berlaku ! aishh =.='

tapi akhirnya, ni la yg termampu aku hasilkan ! *bangga dengan diri sendiri* nak menanges rasenya ! hahaha :D



comel tak ?? muahaha. *sila lempang aku sekarang !*



selamat berpuasa peeps ! thank you for reading this entry ! luv u guys :)




Tuesday, August 2, 2011

you're so annoying la !!



assalamualaikum

firstly, selamat berpuasa kepada semua umat islam yg berada di muka bumi Allah s.w.t ni. syukur alhamdulillah sebab kita semua masih berpeluang untuk bertemu dan merasai nikmat bulan yg mulia ini. thank you Allah ! :)


ok, berbalik pada tajuk entry kat atas tu.. actually aku memang tak puas hati dan rasa nak marah la senang cerita. korang pun tahu kan dalam bulan ramadhan ni kita disunatkan buat solat tarawih, dan semua rasa tak puas hati aku ni bermula bila :


--> ada segelintir manusia yg langsung TAK BOLEH BERHENTI BERCAKAP ! even waktu ustaz bagi tazkirah pun dia dok sibuk la membebel entah apa - apa. alahai, letih la ! tak boleh ke anda hormat dengan jemaah lain yg nak dengar tazkirah tu ?? bukan bisu pun kalau tak cakap untuk beberapa jam. yes, i admit yg dulu pun aku pernah la buat macam tu. sampai kena tegur lagi <-- terserlah kejahilan aku di situ ! sekarang tak nak dah buat lagi. malu woh kena tegur. tapi, kita kena la belajar untuk hormat orang lain kan. yg ada tu, imam dah takbir pun masih lagi dok bercakap tak henti - henti. apakah ??




--> ustaz tengah baca doa, tapi dia dok sibuk BALAS SMS. Ya Allah, tak boleh ke biar sekejap handphone tu ? penting sangat ke sampai kan waktu solat pun nak berSMS ?? apakah yg anda sedang fikirkan pada waktu dan ketika itu ? aku memang la tak berkenan langsung dengan perangai manusia macam ni. guys, TIADA PANGGILAN YG LEBIH PENTING MELAINKAN SERUAN ILAHI.


--> bagi kaum ibu yg membawa anak - anak kecil, tolong la nasihat anak anda supaya jangan berbuat bising waktu semua jemaah sedang solat. tak salah kalau nak bawak anak - anak ke surau atau masjid, ustaz sendiri pun ade galakkan dengan tujuan supaya anak - anak ini diberi pendedahan ketika mereka masih kecil. <-- dah macam ayat ustazah pulak ! hehe. tapi, tak salahkan kalau anak - anak anda diberi peringatan supaya jangan terjerit - jerit, berlari kesana sini. sebab ia akan mengganggu orang yg nak solat. kalau anda tak marah bila anak buat salah, mesti la dia fikir ape yg dia buat tu betul. aishh..letih la kalau macam ni ! =.='




dear peeps, solat tarawih tu bukannye lame mane pun. tak boleh ke anda menahan keinginan untuk BERCAKAP & berSMS anda tu ? tolong la hormat orang lain. baik - baik dapat pahala berganda dengan niat ikhlas beribadat kerana Allah terus hilang pahala tu sebab dok ter-mengumpat dalam hati. bahaya betul la !


"Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk
umat islam berpesta untuk melakukan amal ibadat"


rebut la peluang yg ada ni dengan sebaik - baiknya. sementara kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat-NYA yg tidak ternilai ini. insya-Allah, sama - sama lah kita berdoa kepada Allah semoga diampunkan segala dosa kita yg lalu.

uuiiii, terasa macam bagi ceramah pulak ! huhu. actually this entry more to remind myself la. perubahan itu perlu dalam setiap hidup manusia. kalau dulu kita pernah buat salah, tak kan selamanya kita nak macam tu kan ? so, renung - renung kan dan selamat beramal !





- thank you for reading this entry -
* selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran & kenikmatan *