CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 30, 2011

fakta tentang COKLAT !! sila ambil perhatian..!





ini coklat. anda suka makan coklat ? aku ada terbaca satu fakta yg sgt menarik pasal makanan yg di katakan mempunyai gizi tidak sihat dan jugak MENGGEMUKKAN ni. <--- seram aku ! haha.

sebelum ni,selalu kita dengar fakta tentang coklat semuanye negatif. tanpa anda sedari,coklat jugak ada khasiat dan kebaikan yg TERSENDIRI. dalam menu diet pun ada disarankan bahawa coklat merupakan salah satu makanan yg baik ! :)


antara kebaikan coklat ni adalah :






COKLAT TIDAK MENGGEMUKKAN. isu yg sebenar adalah bila kita makan secara berlebihan. perangkaan terbaru seluruh dunia menunjukkan,bilangan orang gemuk semakin ramai. makan secara sederhana termasuklah coklat,disertakan dengan senaman kardiovaskular adalah rahsia mengekalkan berat badan yg sihat. sebenarnya,tidak ada sesuatu makanan tertentu yg boleh menggemukkan. lazimnya, yg menentukan berat badan seseorang itu adalah jumlah dan kadar makanan yg diambil. <--- ouuuhh, aku sgt suka dgn fakta nih ! muaahahaha :D


PENGHIDAP DIABETES BOLEH MAKAN COKLAT. menarik kan ? huhu. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima. so, penghidap diabetis boleh menikmati coklat ! tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.





COKLAT BUKAN PUNCA PENYAKIT JANTUNG. dalam kes ni pulak,ramai yg mengatakan coklat adalah punca penyakit jantung semakin meningkat. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.


COKLAT TIDAK MENYEBABKAN JERAWAT. <--- antara perkara karut paling umum dikalangan remaja. ini sama sekali TIDAK BENAR ! maklumat sekian lama jelas menyatakan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.




i <3 chocolate ! :)



dear peeps,coklat boleh dimakan..tetapi bukan dengan cara berlebihan. tak kira ape pun yg kita nak makan haruslah dalam kadar yg sederhana. bagi memastikan kesihatan kita ditahap yg baik. kalau dah sakit nanti, kita jugak yg susah kan ? mencegah lebih baik dari mengubati :)

yg PALING penting sekali, kita kena amalkan cara hidup yg sihat. bersenam itu perlu ! tak pun,buat la apa-apa aktiviti yg boleh keluarkan peluh. kalau malas nak keluar rumah untuk bersenam, anda boleh bersihkan kawasan rumah. tak pun kemas rumah ke, mop lantai pun boleh la..hahaha.g0od luck peeps ! thank you for reading ! :)



Tuesday, June 28, 2011

Pangkor - Part 2

Hello awesome ! :)


ingat lagi tak entry yg lepas pasal holiday kitaorang kat Pangkor ? kalau nak baca boleh la klik sini.so,entry kali ni nak cerita pasal ape yg kitaorang buat kat sana..jom !




berangan sementara tunggu yg lain bersiap nk ke pantai ! weeee ~~



muka-muka excited nak pergi snorkeling !! hehe



yeah ! we did it ! series,mula-mula memg susah nak buat benda ni.jenuh la jugak..terminum air laut-yang-masin tu.haha.lastly,berjaya jugak..terpegun bila tengok ciptaan Allah yg ade kt dasar laut tu..sangat indah ! subhanallah.. :)


senyum lebor masing-masing..hehe


after that,kitaorang sambung mandi kat swimming pool pulak.bagi budak-budak kecik ni puas mandi..nak mandi sgt kn,ambek kau ! haha..kemain masing-masing lepas gian..layankan jela ~


sebelah malam plak,kitaorang keluar pegi makan-makan.and cuci-cuci mata sambil menghabiskan-duit-yang ade.hahaha..




tu diaa...mak aku seorang-pembeli barangan-tegar ! berhati-hati lah anda ! haha



kedai-kedai yg menjual souvenir.actually,bangunan baru untk penjual2 ni baru nak dibuat..and Teluk Nipah ni sedang mengalami 'major renovation' la kiranye..







ccaaakkk !! haha..bosan dok tunggu mak aku memborong tak siap-siap..




aku,ayah aku and my cousin...oouuh ! sabotaj la lighting tuh ! huh ~


lepas dah puas makan-makan,jalan-jalan,cuci mata dan perut semua..kitaorang pun balik bilik and rehat..hehehe.ok la,sampai sini dulu ye..next entry,sambung update lg..pangkor - part 3 pulak ! haha..thank you for reading ! :)





Sunday, June 26, 2011

Adil kah ??



wahai kaum adam,

terlalu kompleks untuk aku memahami apa yg tersirat dihati dan fikiran mereka ni...boleh jadi apa yg dikata tak sama dengan apa yg mereka lakukan..pandai berkata-kata hingga mampu membuat sesiapa sahaja akan mempercayainya.tapi,dalam masa yg sama mereka boleh berubah dalam sekelip mata saja..adilkah anda ??


pernahkah anda terfikir apa perasaan kaum hawa yg anda mainkan perasaan mereka ? pandai berjanji tapi tak pernah mencuba untuk kotakan janji-janji anda..semua orang perlu untuk faham keadaan dan situasi diri anda..pernahkah anda cuba untuk faham diri dan keadaan orang di sekeliling anda ? adilkah ??


wahai kaum adam yg amat aku hormati,

adilkah anda sekiranya hanya anda yg layak berkata apa jua yg anda rasa tanpa anda mendengar apa yg sebenarnya tersirat dihati kaum hawa ? pernah kah terlintas difikiran anda bahawa kaum hawa juga mempunyai hak yg sama seperti anda ? anda menjatuhkan hukum tanpa menilai mana yg benar dan salah ! membuat keputusan sesuka hati anda...


anda inginkan pasangan anda (kaum hawa) seorang yg setia pada anda..tapi,adakah anda melakukan perkara yg sama ? adilkah jika anda berkata,separuh hati anda pada wanita A..dan separuh lagi untuk wanita B ? apakah yg sedang anda fikirkan sewaktu anda melafazkan kata-kata itu ? perasaan dan hati kami tak perlu dijaga kah ?


anda datang dan pergi dalam hidup kami bila-bila anda rasa perlu dan bila-bila anda rasa suka...dan kami hanya perlu terima kedatangan dan kepergian anda dengan ikhlas hati tanpa perlu memikirkan sakit yg bakal kami tanggung ?? adil kan anda ?


kaum adam yg ku kasihi,

seperti mana yg anda inginkan dari kaum hawa...begitu juga sebaliknya.jgn fikir kaum hawa mudah untuk terima semua perbuatan anda dengan rela hati..setiap kesalahan yg anda lakukan,tak kira apa jua kesalahan..anda akan memohon maaf,dan meminta kaum hawa lupakan begitu saja..terlalu kerap perkataan maaf itu dituturkan,sehingga seperti tiada nilai maaf anda itu..adilkah anda wahai kaum adam ??


kaum hawa perlu berfikiran positif..kaum adam tak perlu ?? anda berkawan dgn kaum hawa yg lain,tak mengapa...bila kaum hawa berkawan dgn kaum adam yg lain,anda menuduh kami tak setia...apa yg anda inginkan sebenarnya,wahai kaum adam ?


wahai kaum adam...

cuba letakkan diri anda ditempat kaum hawa dan rasakan apa yg kaum hawa rasakan hasil dari perbuatan yg ADIL bagi anda itu...


-sekian terima kasih-




p/s : aku tau,tak de insan yg sempurna dlm dunia ni..tapi,sampai bila alasan itu perlu digunakan untuk menutup setiap kesalahan ?? sekurang-kurangnya,kita cuba untuk menjadi yg terbaik..dari langsung tak de usaha ke arah itu ! entry ni kisah benar dari pengalaman seorang insan yg aku kenali...bagi mereka yg BUKAN seperti yg aku nyatakan di atas,tak perlu lah anda terasa,berasa atau merasa hati yek ! thank you for reading this entry peeps ! :)







Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

Sepetang bersama...




assalamualaikum...


holla ! setelah-agak-sekian lame tidak mengepos entry,kini aku kembali..hehe.semua jadi huru hara sebab otak aku gagal berfungsi dgn baik..huh ! =.='


petang tadi aku keluar dgn my mom & dad...jalan2 kat pekan parit sulong yg rare tuh ! hehehe..actually,aku teringin sgt nk mkn satay..so,aku pun paksa la mak aku belanja ! haha..mak aku pun dlm keadaan-tak rela-terpaksa la belanja aku mkn..thanks mom ! luv u la...weeeeee ~~~~





aku teringin nk mkn satay,tp tak tahan tgok roti canai ni..so,aku order jugak..haha





ni la die satay yg awesome tuh ! :)



neslo ais..terbaik ar ! sedap oke...ni air aku..




kuah kacang yg best..~



sila la terliur....sekian terima kasih !! teheeeee.... :)



best tak ? best tak ? hehehe...makan sambil santai with my parents adalah masa yg sgt best bagi aku..i luv u mom & dad ! <--- jiwang plak ! hahahaha...


notacinta : hargailah lbu bapa bapa anda...jgn sampai terlambat ! :)

Sunday, June 19, 2011

Kemalasan dan ketidak-ada-an mood !



in this few days,virus kemalasan semakin menular dlm diri aku...otak menjadi sangat lembap untuk berfikir..bercakap hanya benda yg perlu.ingin bersendiri tanpa berbuat ape-ape ! huh ! ape kena aku nih ?? semua jadi huru-hara..~~~~ wwuuuaaaa !!! pressure2 !!





rindu-kalian-sangat !! :(




Friday, June 10, 2011

Resit..is it important or DISASTER ??

situasi 1

A : aku baru check my bank statement.betul ke kau dah bank in duit tu ? kenapa tak de ?

B : betul la aku dah bank in last two days at....bla,bla,bla......

A : sorry la,memg duit tu tak de.dah banyak kali aku check.kau try la pegi kat bank tu and tanye.

B : ok.

situasi 2 (kat bank berkenaan)

B : akak,i got a problem..last two days,saya ade bank in duit but recipient tak terima duit tu.bla,bla and bla...<--- menceritakan butir-butir transaksi...

C : adik ade bawak RESIT tak ??

B : OMG !!! i'm so sorry kak sebab saya pun tak sure kat mane resit tu.. <--- sambil buat muka innocent !

C : mcm mane kalau tak de RESIT ? ok,kalau mcam tu akak kene check semula about your transaction..by next week,akak call adik la..

B : terima kasih kak..saya mintak maaf ek ! <--- boleh la tarik nafas lega..sikit la~~~


ok guys,kita selalu tengok orang jarang nak ambik peduli pasal RESIT..tak kira la RESIT ape pun ! kalau kat bank,elok je lepas buat withdrawal money depa ni terus je buang RESIT tu..first,pembaziran kertas berlaku.kan kita kene selamatkan bumi kita yg dah semakin tua ni.jgn la membazir kertas tu..second,in case kalau jadi mcm kisah tragis kat atas tu..kan susah !! kita rasa memang la macam tak de guna lagi RESIT tu..tapi,atleast simpan la..nanti kalau dah terjadi pape,ape pon tak bley la derr !!!! huh ! =.='


kisah tragis yg kat atas tu TRUE STORY oke ! baru je jadi kat aku..habis semua aku selongkar hanya kerana RESIT tuh !! serabut siot..tiba-tiba aku terpikir + menyesal !! aku sepatutnye kene praktik kan ape yg aku belajar dulu..subject Taxation..kita kene simpan semua RESIT pembelian or whatever RESIT la..at least,for 7 years !! 7 years oke ! for future reference..ni,tak sampai sehari pun..entah kat mane la aku letak RESIT tu..wuaa ~~~~~ bengang nye !!!!!


moral of the story,jangan la ambik mudah perkara-perkara yg kita tengok mungkin macam tak penting tapi...boleh bagi kesan yg sgt besar sebenarnye !! hanya disebabkan RESIT tu aku kene belanja lebih,buang tenaga <--- sebab kene pegi bank tu semula !! and yg paling2 aku bengang sekali dengan mamat kat kaunter bank tu..dah la tak tau nak senyum ! buat muka lagi.tak mesra pelanggan langsung !!! bajet HOT la ?? huh !


notaperingatan : simpan lah resit anda.biar sampai penuh satu bakul pun tak pe !! yg penting tak menyusahkan kita kelak !! huhu..


Wednesday, June 8, 2011

Something happen to my heart !







saya rindu awak ! :(
















what can i say rite now ?? it's too hard for me..maaf kan saya sebab saya mula suka kat awak ! i'm so sorry...! :(

Pangkor - Part 1

hye peeps ! :)


how's your holiday ?? mesti gempak kan.hahaha.last two weeks,me and my family telah 'terbang' ke Pulau Pangkor..hampeh betul sebab kesemua proposal aku telah ditolak ! <--- kecewa siot ! hahaha.tapi,tak pe..aku tetap eksaited sebab kitaorg tak pernah lagi bercuti kat pulau nih..kenapa Pangkor ? entah la ! yg penting,tempat tu tak pernah pegi lagi..AND memenuhi cekadak semua orang ! hahaha.ok la,let's pics do talk ! :)



muka-muka penat sebab duduk lame benor dlm kereta (johor - perak)..eksaited sebab tak sabor nak sampai kat pulau ! tambang feri ni murah jek RM10 (adult) and RM4 (child) - two ways..masa perjalanan,around 30minutes..sempat la aku tido ! wawawa



ketibaan kami di jeti Pangkor..so nice ! :)




welcome to Pangkor Island ! weeee ~~~~~~



kat area jeti tu,ade banyak sgt van wane pink nih..huhu.transport untk tourist..sewa van ni,around Rm40 untk satu van.boleh naik 10 org.klau nak sewa motor + kereta pun ade jugak.range price,tak sure la..hehe..




the sea.. :)


ok guys..nak tau ape yg kitaorg buat kat Pangkor ni,kene la tunggu ye..hehe.kang membebel panjang2 bosan pulak kome nak membace nye !! hahaha..tunggu ye ~~~


have a nice day peeps !! :)




Saturday, June 4, 2011

Talking about wedding...



Assalamualaikum..

hye2 ! actually aku baru balik dari wedding one of my classmate waktu sekolah menengah dulu..today,majlis resepsi sebelah pengantin perempuan..semalam majlis akad nikah.due2 majlis aku pegi..haha.yela,eksaited tu member kahwin ! this loving couple dah start bercintan-cintun since form 2 kot.lame kan ? so sweet.alhamdulillah,sampai jugak ke jinjang pelamin.and aku doakan korang terus kekal hingga ke akhir hayat ! amin..


biasela kan,bile member kahwin ofcoz la ramai yg datang.perrghhh ! bile tengok muke masing-masing hampir tak kenal ! dah lain sgt2..makin cantik.yg dh kahwin <=== (tapi tak jemput) pun ade jugak ! hahaha..kecoh betul.yela..dekat 4 or 5 years kot kitaorg tak jumpe.macam-macam bende nak di cerita..tapi,ramai jugak la yg tak dapat datang.ade yg tengah exam,praktikal..even ramai tak de pun dah kecoh.kalau sume ade,entah mcam mane la agaknye ! haha


after dah kecoh2 kat rumah pengantin,member aku ajak lepak same.so,kitaorg pun pegi la tempat lepak waktu muda2 dulu..haha.series,lame kot tak lepak situ.abg tu pun dah mark muka kitaorg ! <=== pelanggan tegar nampaknye nih ! huhu..seronok bile dpt jumpe kawan2 lame..sory sebab tak de pics sebab sume nye ade dlm dslr member aku.tak copy lg.hehe..

next time maybe,aku buat satu entry khas untuk this sweet loving couple and my classmates..teeheeee..

ok la,nak cerita sikit pasal wedding nih..bile tengok member yg same umur dengan aku dah jadi suami/isteri ni terase macam.. 'owh,aku dah besar rupanye.. <=== berangan masih budak2 le tu ! haha.dah boleh jadi isteri/suami orang.atau lebih tepat lagi,dah boleh jadi emak/bapak orang ! hahaha.series,mase mule2 dapat tahu diorang nak kahwin,macam tak caye pun ade jugak ! tapi,dah jodoh kan..alhamdulillah.. :)


guys,who's next ya ?? haha.cuak dowh !! terase macam nak melayang bile pikir pasal kahwin.yes,i know one fine day kalau umur panjang and dah jodoh semua orang akan kahwin..but now,aku tak pernah terpikir pun..hehehe. <=== calon pun tak de,nak kahwin macam mane ? so sad ~~~~~~~ =.='


lastly,to my friends MUHD ALIF FARHAN & SITI NABILAH..selamat pengantin baru.semoga kekal hingga akhir hayat and selamat menjalani kehidupan berumah tangga..sentiasa mendapat rahmat dari ALLAH S.W.T...insya-allah,amin !!


and to all my classmates,korang memang la 'the kecoh gang in the world !' hahaha..really have a good time today..thank you very much !! love u alls la... :)





Thursday, June 2, 2011

bulat yg ku rindu !!




EC : bulat,aku rindu nak makan same2 ngn kau..malam2,buat milo campur nestum pastu cecah biskut.. :(


BU : aku pun rindu jugak...





ini BULAT saya !


Bulat,even kau sorang2 kat sane..aku nak kau tahu yg ktaorg sentiasa akn ada untuk kau.insya-allah, amin !! series,aku memg rindu kau sgt2..jgn cepat down ye,bulat..kuatkan semangat..setiap yg berlaku ada hikmahnya..



with luv,

chub2 :)