CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 29, 2011

Cinta Dalam Hati


mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku
asal kau pun bahagia dalam hidupmu
dalam hidupmu..

telah lama ku pendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku
mencintaimu pun adalah bahagia untuk ku
bahagia untuk ku..

ku ingin kau tahu diriku disini
menanti dirimu
meski ku tunggu hingga hujung waktu ku
dan berharap rasa ini kan abadi
untuk selamanya..

dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
untuk ucapkan selamat tinggal
untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia
untuk sekejap saja..




ku mencintaimu
meski pun tiada satu orang pun yang tahu..




Wednesday, July 27, 2011

merindui si dia yg jauh di mata ~




my family !




'si dia'




my friends !





lastly, en.kawan !



*adakah aku juga dirindui oleh mereka ?* <--- hopefully ! amin.. take care peeps ! semoga semua urusan kalian dipermudahkan oleh ALLAH. insya-ALLAH..



Wednesday, July 20, 2011

my new Baby Cruz !!




holla ! hye peeps..how's your day ?? actually, aku tersangat la gembira sampai tak hengat sebab finally i got my own Santa Cruz in the house yaww ! muahaha. terlompat - lompat aku tadi. dah lame kot aku aim benda nih. dapat jugak memilikinya secara sah & mutlak ! alhamdulillah, thank you Allah. sebelum ni aku ada buat entry about this awesome guitar. boleh la klik SINI untuk baca.


mempersembahkan, my new Baby cruz.. tadaaaa !












cantik tak ? saja pilih warna hitam sebab nampak menarik ! :)







*sila-abaikan-barang-disekeliling* fokus on Baby Cruz je ! muahaha :D




lastly, thank you so much to En.Yahya & Pn.Rosidah sebab mengerti cekadak anak mu yg satu nih. maaf la sebab kegilaanku ini amat sukar untuk dibendung ! hahaha. love you guys. have a nice and great day. and thank you again for reading ! :)





Saturday, July 16, 2011

senyum..smile..미소..Lächeln :)



assalamualaikum..senyum dulu,ok ? sebab...




yes..anda akan kelihatan sangat NICE dengan senyum. hari ni, nak story pasal SENYUM la. hehe. guys,tahukah anda yg senyum ni ade KELEBIHAN yg tersendiri ?? <--- aku sgt teruja nih. so, jom share fakta yg sgt menarik nih sama - sama :)

menurut fisiologi, senyum merupakan ekspresi wajah yg terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua hujungnya, atau di sekitar mata. kebanyakan orang senyum untuk mempamerkan rasa kebahagian dan rasa senang. umumnya, senyum itu terjadi disebabkan rasa bahagia seseorang. senyum selalu boleh buat anda awet muda ! hehehe






para saintis ada mengatakan yg senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman dimana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon - hormon.

dengan senyum,anda mampu mengubah perasaan diri sendiri dan juga orang disekeliling anda. jika anda sedang sedih atau marah, cubalah untuk senyum. ia bukan sahaja dapat menceriakan hidup anda, tetapi juga baik untuk kesihatan mental dan fizikal ! bila kita senyum, badan kita juga turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. kajian menunjukkan senyuman boleh memperlahankan aliran darah yg melalui sinus ke otak.


bila kita senyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi ! <--- no wonder la orang yg suka marah - marah ni nampak tua dari usia sebenar !

senyuman juga mampu menurunkan tekanan darah, menambahkan kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung meransang proses penyembuhan. banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung ! <--- bahaya kan ?? so, jangan sterss selalu ye. terima semua keadaan dengan hati terbuka dan ikhlas :)



senyum membuat orang berfikir secara positif. cuba anda lakukan : fikir suatu masalah yg rumit sambil tersenyum. susah, bukan ?? muahaha. ini kerana, bila anda senyum tubuh mengirim signal bahawa 'hidup adalah baik'. so, cuba untuk selesaikan apa juga masalah dengan snyuman. insya-Allah semuanya akan dipermudahkan. kalau serabut sangat pun, ape pun tak jadi nanti.

dear peeps, SMILE and the whole world smile with you ! ketika seseorang itu tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi riang. orang disekitar anda pasti akan turut sama tersenyum dan merasa lebih bahagia. ye la, kalau asyik 24 jam nak masam muka je orang nak dekat pun takut ! muahaha.



percayalah, bila anda senyum anda akan kelihatan SANGAT comel dan menarik !


selain dapat memberi kebaikan pada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri ada mengatakan bahawa senyum itu satu sedekah. senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yg kronik !

guys, senyum tak perlukan modal, hanya sekelumit rasa IKHLAS yg mampu memaniskan senyuman itu. senyuman yg dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. mungkin juga mampu menyejukkan hati yg sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sebuah ikatan.



wanna be my friend ?? muahaha :D




so, mari senyum sama - sama ! dan mulakan hari anda dengan senyuman, ok ? love you guys. thank you for reading..and double thanks pada yg baca entry ni sambil senyum ! :)




Wednesday, July 13, 2011

Durian oh durian !!





anda suka makan durian ??


ini DURIAN atau nama saintifiknya Durio zibethinus, Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, dan Durio dulcis. Terdapat banyak klon durian, kesemuanya mempunyai nama bermula dengan "D" dan diikuti dengan nombor. Sebagai contoh, sebahagian klon popular adalah D24, D99, D158 dan D159 (ini adalah " Mon Thong " pelbagai). Oleh kerana durian (adalah tajuk pengkajian di sebahagian institut pertanian, jenis perdagangan diberikan D nombor untuk membezakan mereka dari "piawaian" jenis liar. <--- fakta diperolehi di SINI.

korang pun tahu kan,durian ni agak berbau. dan ada sesetengah orang yg tak boleh bau langsung. so,durian dilarang untuk dibawa masuk ke lapangan terbang, hotel dan pengangkutan awam. dulu,aku pun tergolong dalam kumpulan manusia yg tak boleh bau durian. rasa semacam je bila terbau buah durian nih ! pening woh ~~ faham je la bila musim durian, sana sini orang jual durian. aiisshh ! manjang la aku tutup hidung.. =.='




and now,musim durian datang lagi. korang tau tak ape jadi dengan aku ?? aku SANGAT teruja bila ade bau durian ! tak tau la pasal ape, aku NAK-SANGAT makan buah ni. sanggup bergaduh ni, sebab nak makan. muahaha. bila tak dapat,nak menangis rase. huh !

aku dah terkena sumpahan durian ke ?? hahaha. bila dapat makan, sangat nikmat oke ! sedap ! sampai nak tergolek - golek aku. hehehe. so,after this jangan la anda terlalu tak suka dengan sesuatu benda. nanti boleh jadi sebaliknya. kelakar woh ~ dulu nak bau pun tak boleh, sekarang nak sangat cium bau buah ni..hehehe

actually,durian ni boleh dipelbagaikan. yg paling femes sekali tempoyak la. waktu study kat kuantan aku suka sangat makan gulai tempoyak ikan patin. dalam masakan ni bau durian tu tak lah kuat sangat, tu yg boleh makan. hehehe. memang terbaik la ! owh, sangat merindui kuantan. * tiba - tiba kan. hehehe. so guys, why not you try this awesome fruit ?? <--- baru nk puji ! hahaha.


gulai tempoyak ikan patin


p/s : ini adalah kisah benar dan bukan rekaan. sekian terima kasih.teheeeee :)


thank you for reading this entry peeps ! durian kat atas tu, ambik la. bagi kat korang ! muahaha.





Monday, July 11, 2011

miss all 'my sayangs' !







my 'sayangs' ! :)



dear FRIENDS,

we shared smiles
we wiped the tears
and through the years
our friendship has grown
along with us
you are truly
a wonderful part of my life..

dear FRIENDS,

though miles may lie between us
we are never far apart
for friendship doesn't count miles
its measured by the HEART...



p/s : sangat berharap dapat bertemu kalian ! rindu-yang-teramat-sangat !



Wednesday, July 6, 2011

Monday, July 4, 2011

bertemu puteri Gunung Ledang ???



hello awesome ! :)


entry kali ni nak cerita pasal aktiviti hujung minggu aku dan family ter-chenta plus nak meraikan satu berita gembira. alhamdulillah,thank you ALLAH ! so,kitaorg decide untuk picnic kat GUNUNG LEDANG. kot la nasib baik,boleh jumpe puteri gunung ledang ! muahaha. lame dah tak datang sini. ade la dekat 13 tahun.. =.='





En. Yahya & Pn. Rosidah..awat la muka lagu tu ??




me and my brother...salute !! muahaha ;)



my little bro..org yg paling semangat sekali bab picnic2 ni !



kolam puteri. mak aih,jauh benor nak sampai sini ! kene naik tangga, redah hutan belantara baru sampai sini. hahaha. tak de la sampai redah hutan belantara. cuma kolam ni dekat atas gunung. tinggi kot ! semput wei..



pandangan dari kolam puteri..tinggi tuu ! air dia punya la sejuk. huhu


lepas dah puas mandi, kitaorg membeli-belah kat bandar tekstil Tangkak. pening kepala aku tengok kain yg banyak tu. macam-macam jenis, dari yg paling murah sampai la yg paling mahal. sempat la aku beli kain pasang nak buat baju kurung.. :)



bukan bandar Kak yee.. muahaha. Tangkak Bandar Tekstil..


dah puas cuci-cuci mata kat Tangkak,kitaorg gerak ke Muar. yeay ! makan time. hehehe. part ni la yg aku tunggu-tunggu.. :)



my favorite place. Medan Ikan Bakar Sabak Awor..best woh,murah & yg paling penting sedap !




motif ?? tak-sabar-nak-makan ! inter frame itu perlu.. ;)




terliur aku ! ketam blacpepper, kangkung goreng belacan & kailan ikan masin.




yg ni adik aku punye..kerang goreng sambal.



siakap 3 rasa & sotong goreng tepung.




ikan bakar. this is mine ! :)



sila fokus ! Gadis Melayu wannabe. muahaha. rajin tak, rajin tak ??


dah sudah makan,kami pun berangkat pulang. really have a good time with family ter-chenta ku ! sgt seronok walaupun penat..thank you so much to En.Yahya & Pn.Rosidah kerana sudi melayan kerenah anak-anak mu yg banyak cekadak nih ! muahaha.. :D


p/s : ouuhh ! actually kitaorg sempat gak pegi menyumbangkan suara kat karaoke box. malangnya,tiada gambar yg diambil kerana camera tertinggal dalam kereta dan masing-masing lupa nak guna phone camera ! aiissh =.='


double thanks kepada yg sudi mambaca ! :)