CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 28, 2011

random # 3

assalamualaikum,







lama rasanya tak menjenguk ke blog nih. terlalu banyak kerja sampai tak sempat nak update. aih, sibuk mengalahkan menteri jek. huhuhu. nampak poyo dan cliche kan ? but, that's true ! final exam just around the corner, but still ada report yg belum submit. mujur lah dateline sampai hujung tahun nih. aih ! =.='


sedar tak sedar, dah nak habis satu semester. kejap je kan ? masa berlalu tanpa aku sedar. and at the same time, too many 'masalah jiwa kacau' yg melanda. kadang tu, rasa macam nak give up je. but, my mom said : sabar tu kan sebahagian dari iman. acha kena lah jadi orang yg kuat dan sabar. oh mak, kalau lah mak dekat dengan acha all the time kan bagus ! oke, itu memang tak mungkin kan ~



*i do not know laa* =.='


again, tanpa sedar tahun 2011 dah nak sampai ke penghujugnya. hahaii, kejap betul. azam tahun ni tercapai semua ke ? tak ! antaranya, misi untuk mencari cinta. muahaha. memang payah azam yg satu nih. it's ok, still boleh tambah dalam list azam tahun depan kan..? insya-allah ! kot la boleh ter-jumpa klon Beto Kusyairy ke. muehehe ;)



*jatuh cinta suda nih sama beto kusyairy* muahaha :D



actually, aku ter-ingin sangat nak jumpa dengan 'someone' nih and then nak cakap TERIMA KASIH. sebab dia, agak-banyak perubahan yg berlaku kat aku. positive dan selalu buat aku berfikir sebelum buat sesuatu perkara tu. aku tak pernah pun bercakap dengan dia. even senyum pun tak pernah ! hanya dengar suara dan lihat dari jauh. subhanallah, maha besar kuasa Allah. *semoga diberi peluang untuk bertemu kembali,insya-allah*




orait, now masa untuk siapkan segala report yg ter-bengkalai tuh and study. do pray for me and my friends ya ! sampai bertemu kembali ! take care.




thank you for reading this entry ! :)






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday, December 5, 2011

random # 2




alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas dibumi milik Allah SWT ini. thank you Allah ! hari-hari aku masih lagi dipenuhi dengan tugasan dan kelas. so tired, but this is my responsible. *mak cakap, jangan mengeluh* fine, i'll try my best to avoid it.


segala masalah yang tak perlu untuk difikir dan disimpan, semua aku dah buang jauh-jauh. i need to be more positive. yeah, memang susah. but, no choice. aku still kena hadap dan terima. at least, aku cuba untuk berubah dan jadi lebih baik ! don't regret yesterday and something happen for reasons ! rite ? :)


di waktu, saat dan ketika ni aku sangat merindui mereka



Puan Rosidah
# Mak, terima kasih sebab selalu ada untuk jadi 'teman' Acha.
# I Love You !



Encik Yahya
# Rindu nak lepak dengan Ayah ! main gitar sama-sama.. :)



# awak, bila boleh jumpa ? rindu nak borak lama-lama ! =.='



Azri, Azwan, Afif



Nisa & Ieqa



p/s : rasa macam nak terbang sekarang jugak jumpa dengan mereka semua !
*aih, dalam mimpi jela* =.='


thank you for reading this entry ! ok,bye !







Tuesday, November 29, 2011

Event : Let's Smile Chow Kit !


assalamualaikum,


hye peeps ! sabtu bersamaan 26 Nov 2011 yg lepas telah berlangsung event pertama kami bagi student BM230 untuk subject Personal Development. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada banyak sangat masalah at the beginning. sangat seronok dan puas hati bila semuanya selesai. let's pic do talk ya. :D




really luv the shirt ! 'Let's Smile Chow Kit'



muka menahan lapar. tengah tunggu turn nak dapat breakfast ! hehe



hajar & amnah.
waktu ni baru sampai and then berjalan untuk ke Yayasan Chow Kit.
*mana gambar aku angkat air yg berat tu ? ouh, kecewa !* muahaha


mira, ana & amnah. my buddy :)



drawing time ! ni hasil dari kumpulan 3. comel je nama group kitaorg.
*harimau*



khusyuk aku dengar penerangan dari pengurus yayasan tu. bagus kan ? muahaha.
tak tahu la sapa yg snap pic nih.



bunting ni pun comel ! suka sangat. hehe :)



bersama pengarah program. miss balqis (yg buat peace tuh) hehe



the members
thank you so much to all and En.Asrul too for giving us chance to do this event.
*aku nampak sangat pelik kan ? sebab tak ready lagi waktu ni. aih, sabar jela*



thank you for reading this entry ! :)





Thursday, November 24, 2011

how can i describe about my feeling..?



assalamualaikum.



"Ya Allah, berikanlah hambaMU ini secebis kekuatan dan kesabaran agar aku dapat melalui hari-hari mendatang dengan tenang."


maaf sebab terasa sangat lama tak jenguk blog ni. banyak sangat kerja yang perlu aku selesaikan. kadang tu, sampai satu tahap aku menangis sebab terlalu penat dan rasa macam nak give up. can you imagine it ? =.='


my bad habit : bila aku rasa down, aku akan ingat rumah dan rasa nak balik. banyak kali aku buat perangai macam tu waktu aku kat kuantan dulu. mak ayah aku sampai tak boleh nak kata apa. pernah dengar orang kata :

"Tiada tempat yang lebih baik melainkan rumah kita sendiri".

yes, bagi aku that phrase sangat-sangat betul. bila aku rasa tak tenteram, jiwa kacau and all that kind of feeling aku mesti akan teringat rumah.




*sangat rindu rumah*
kan bagus kalau aku boleh balik sekarang ni..~


nampak macam tak matured kan ? rindu rumah la, nak balik la, bla, bla, bla... but, itulah aku ! even dah tua-tua ni pun masih lagi tak boleh nak 'hapuskan' bad habit ni. i can't !




entah kenapa, lately ni aku rasa macam lonely sangat. i do have friends. diorang sangat baik dan sporting. tapi, aku rasa macam ada something missing. i don't know what it is. maybe, aku perlukan 'someone' untuk aku bercerita and be 'my listener'. tapi, aku tak tahu siapa 'orang tu'. aku tak nak susahkan hati mak aku. dia sangat sensitive. nanti dia yang terlebih risau. =.='


cry. that's the only solution for me at this time. selain dari meminta dari DIA agar dikurniakan kesabaran. sangat rindu mak sekarang ni. nak sangat balik, but my schedule for this week sangat penuh dengan aktiviti yang WAJIB hadir.noktah.




*acha rindu mak la..*
rindu nak 'gaduh' dengan mak.. =.='


sangat berharap aku dapat lalui semuanya dengan tenang dan sabar. yup ! kesabaran yang tinggi sangat dituntut dan harus ada pada aku sekarang ni. do pray for me ya ? insya-Allah, semoga semuanya dipermudahkan. amin.


fakta : blog ini ditulis berserta dengan air mata yang tak henti-henti mengalir. can you imagine how my feeling rite now ??


take care and thank you for reading this entry !




Thursday, November 3, 2011






1:59am. masih belum melelapkan mata. walaupun kelas esok mula seawal 8:30am. kenapa ? entah lah. adakah disebabkan 'si dia' itu kembali ? aku tak tahu. noktah. semoga diberi kekuatan dan kesabaran untuk menempuh ape jua dugaan. cliche kan ? tapi, itu lah yg aku sgt perlukan sekarang ni.. insyaALLAH.



p/s : being a single, is not BAD right ? =.='





Tuesday, November 1, 2011

...






11:57pm. masih lagi menghadap kertas-kertas soalan personal finance sebab esok ada test. walaupun rasa sgt malas nak hafal tax exemption ni semua. fine. kalau malas nak study, baik berhenti belajar. ouh, tibe-tibe sedih dgn diri sendiri. =.='


berhenti kejap. konon-konon take five la. bukak mukabuku. entah kenapa, tangan gatal nak bukak history chat someone ni. dan rasa sedih. noktah. kenapa ? kalau kau tak suka kawan dgn aku, perlu ke kau bercerita dgn orang lain ? macam tak percaya pun ada. hati manusia ni memang susah nak diduga kan ? really need someone rite now. tapi, siapa ? noktah.


maaf kalau aku bukan lah seorang kawan atau sahabat yg baik untuk kau. kenapa benda-benda macam ni selalu berlaku kat aku ? i'm trying to avoid it. sebab aku rasa kita dah cukup matang dan macam tak masuk akal nak terasa sebab itu dan ini. fine. itu hak kau kan. ikut suka kau lah.


bersabar lah selagi termampu. refresh balik apa tujuan utama aku ke sini. nampak memang poyo. tapi itu hakikat. biar masa yg menentukan semua. ALLAH maha mengetahui apa yg terbaik untukku. insyaALLAH. noktah.



thank you !






random # 1





kelas penuh dari 8:30am - 6:00pm. noktah. walaupun rasa sgt malas nak masuk class statistical economics, tapi ku gagahi jua. *sebab kelas petang dan aku-tak-berapa-suka-environment-kat-kelas-tu*. noktah. masuk dalam kelas. tapi, takde sorang umat pun dalam tu. tunggu, dan terus tunggu. hampir sejam, baru dapat tahu yg actually that day CLASS CANCELLED. dan aku manusia malang yg tak diberitahu pasal tu. fine.


berjalan menuju ke bus stop sambil berlari-lari anak sebab takut hujan. sampai kolej, hujan turun dengan sangat lebat + petir + guruh + angin. tengok dalam beg, takde payung. noktah. tunggu dengan harapan hujan akan reda. tapi, langsung takde tanda-tanda. again, berlari-lari anak dalam hujan lebat. sambil teringat *COKLAT TIM TAM* yg Mira beli tadi. aku lapar. noktah.


malam. turun dengan harapan nak cari makanan. lepas pesanan siap. kecewa. kenapa nasi yg awak bungkus sgt sikit ? redha. makan pun macam segan-segan sebab sikit sgt. bila boleh balik rumah dan makan banyak-banyak tanpa memikirkan duit yg akan kita belanjakan untuk beli something tu berbaloi atau tak ? =.='


niat hati nak study bila sudah makan. tapi, semua tak menjadi bila 'lagho' bercerita itu, ini. sedar-sedar jam sudah menunjukkan jam 11:30pm. noktah. baju belum gosok, buku tak bukak. sgt marah dengan diri sendiri yg langsung tak dapat nak kawal penyakit malas + 'lagho'. damn ! =.='


p/s : hujan di Shah Alam yg menakutkan. tak sampai sejam, air akan penuh di jalan raya. macam boleh berenang kat situ. *jalan tak pakai kasut. sebab licin, perjalanan anda akan menjadi lambat dan taknak kasut rosak sebab air paras buku lali*



thank you for reading ! :)






Friday, October 28, 2011

date bersama 'my yang' ! :)

hye peeps ! cuaca yg selalu hujan membuatkan aku rasa-seperti-malas nak buat semua kerja. *ape masalah kau ni* muahaha. otak sgt lembap nak menjana idea untuk meng-update blog nih. <-- cakap jela malas ! =.='


ok, intro yg langsung takde kaitan dengan tajuk. *maap,maap* actually ni cerita dua hari lepas, baru nak share sekarang. *eh, yeke dua hari lepas ? ghasakk la !* sebab rumah aku ada tetamu istimewa yg datang berkunjung. aku sibuk bawak 'my yang' pergi pusing-pusing Shah Alam nih. <-- padahal jalan-jalan naik RAPID je pun ! muahaha :D


lepas beratur lebih dari 3jam untuk ambik jubah konvokesyen, ktaorg gerak pergi makan. lapar woh, tak guna betul manusia yg tak berhati perut potong queue tu ! sebab dia 'my yang' terpaksa berpanas & berlapar. damn ! =.='




menternak lemak di McD Sec 2..



cube teka siapa dia ?? :D



fries + black pepper + sos = terbaeekkk !



hasil kerja keras kami ! muahaha :D



sape la yg makan sampai macam ni sekali ! =.='



*hujan*
kami berlari-lari meredah hujan bersama. nasib baik takde daun pisang.
kalau tak, dah boleh nyanyi lagu memori daun pisang ! muahaha.
*PANGG. konon bajett romantik arr*



*dah macam sungai*



sgt seronok dapat habiskan masa bersama 'my yang'. macam mimpi pun ada. *ayat, macam org bercinta jek* padahal..........






















ni la 'my yang'. comel kan dia ?? :)
she's my bff laa..muahaha



'my yang'. muka bahagia dapat makan !



*terkurung dalam RAPID* lalu bergambar untuk menghilangkan bosan ! =.='



-sekian-



thank you for reading this entry ! :)




Tuesday, October 25, 2011

warkah terakhirku...



assalamualaikum,







21 Oct 2011 : saya balik kampung. tak sabar rasanya nak dengar suara awak azan & mengaji bila tiba waktu solat. tapi, setiap kali masuk waktu solat bukan awak yg azan. saya cuba fikir positive, mungkin awak ada urusan lain. mak saya pun kata macam tu. ok, saya sabar.


22 Oct 2011 : hari ni pun masih sama macam semalam. kenapa bukan awak yg azan ?? mana awak..? tiada jawapan yg pasti...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


23 Oct 2011 : saya tinggalkan kampung dengan harapan bila saya balik lagi, saya masih diberi peluang untuk dengar suara awak yg tenang tu. saya dapat panggilan dan saya diberi tahu yg awak dah pindah. menitis airmata saya waktu mendengar berita tu. kenapa ? sebab saya memang tak berpeluang untuk jadi sahabat awak..


memang betul, awak pergi dan akan ada pengganti yg akan gantikan tempat awak. tapi, tetap tak sama kan ? mak saya ada cakap, sebab awak pindah. terharu bila saya dengar, awak nak jaga mak awak. awak tak nak mak awak duduk sorang-sorang. mulia sungguh hati awak.






ya Allah, terima kasih kerana memberi peluang untuk aku mengenali insan ini. walaupun tak lama, ia akan jadi satu tanda ingatan untuk selamanya. semoga diberi kesempatan dan peluang untuk bertemu kembali. insya-Allah..


related entry : warkah dariku


-terima kasih-






Saturday, October 22, 2011

kosong











kosong. itu yg aku rasa sekarang ni. hanya sebab perkara kecik, kau tuduh aku macam-macam ! tak sangka sgt mudah kau tamatkan semuanya macam tu je. now, aku betul-betul GIVE UP dengan sikap kau. sampai bila, nak terus macam ni...?


i can accept : nobody perfect in this world. yes, that's true ! tapi, sampai bila alasan tu perlu digunakan untuk menutup setiap kesalahan ?? at least, u can try to be a better person. tapi, kenapa mesti jalan tu yg kau pilih ? is it worth ??


aku terima semua dengan ikhlas. kalau dengan cara macam ni boleh puaskan hati kau, fine ! i'll follow ur rules. aku cuba untuk tak ingat kau, walaupun susah. sebab aku masih harapkan kau. i mean it !


p/s : masalah-hati-yg-sgt-complicated ! sebab tu tak-de-mood nak up entry. payah betul kan ? pening-pening ! =.='


thank you for reading this entry !





Friday, September 30, 2011

Jom Tengok !! :)



assalamualaikum,


hye..i'm back ! again boleh online dgn ihsan trial myZone. pffttttt. kali ni, guna member aku punya akaun. sadis kan ?? huhu. sabar jela ~~~


ENTRI YG LEPAS, aku dah janji nak update entry bergambar untuk korang kan ? so, hasil kerja keras aku dan room mate aku ktaorg telah mengemas bilik yg tak berape nak kems sgt la kan sebelum ni.. muahaha. hari ni takde kelas, pastu datang angin rajin plak. tu yg semangat habess ! :D




kamar beradu. *tak matching langsung* =.='




'teman' yg buat tidur jadi lena <--- sila lempang aku sekarang ! muahaha :D
*my little brownie & keroro*




the only source of my entertainment. *sobsobsob*




source of energy ! :)




the window & little cactus..~
*bajett comel sebab ade kaktus* pfffttttt ! muahaha :D



ni je yg pics yg boleh share. yg lain-lain private & confidential. hahaha. ok peeps, jumpe di entry akan datang. tak tau la bile wifi kt kolej aku ni boleh guna. again, sabar jela ~~



p/s : take care guys. thank you for reading this entry ! :)





Saturday, September 24, 2011

aku, payung & hujan...

assalamualaikum,


hallu peeps ! excited sangat sebab dapat online dengan ihsan trial myhotZone. pfftttt ! wifi kat kolej aku still tak boleh guna. apa hal ? aku pun tak sure la. hari-hari dok cuba bukak, still hampeh. payah la gini. dah la lect hantar assignment by e-mail. zaman maju lah katakan. huhu. sabar jela ~



*ini payung*


intro langsung tak de kena mengena dengan tajuk ! muahaha. maaf,maaf. actually, aku nak cerita pasal my new experience. kalau dulu, pergi sekolah atau keluar mak aku selalu pesan : acha, keluar bawak la payung. hujan nanti, kan susah. <-- aku tak pernah ambik kisah dengan nasihat mak aku ni. sekarang, aku seperti terkena sumpahan itu ! huhu


disebabkan kolej aku saaannngggaaattt jauh dari fakulti, aku terpaksa membawa PAYUNG bersama setiap saat dan ketika bagi mengelakkan buku-buku aku basah sewaktu hujan. perjalanan yg jauh itu lah yg memaksa aku berbuat demikian. =.='


korang tahu tak kenapa aku MALAS sangat nak bawak payung nih ? confirm la tak tahu ye dak ?? muahaha. oke, sorry. sebab, bila hujan kita bukak payung. then, bila dah sampai tempat yg agak teduh contoh situasi aku : dalam bas. payung tu basahkan ? dalam bas dah la ramai orang. berhimpit satu hal, dengan nk pegang payung yg basah, elak takut kena orang. for me, sangat leceh ! but, i've no choice laa.. haiiiyaa !


and now, payung itu sentiasa berada dalam beg aku. mane aku pergi kena la bawak sekali. muahaha. ape pon tak bleh la ! kelakar bila aku jalan sambil pegang payung. sangat pelik oke ! bagi orang lain, normal la kan bila hujan kita guna payung. tapi aku, series memang rasa pelik semacam. sebab tak biasa.


from now, terpaksa la aku biasakan diri. even rasa semacam, but no choice. <-- again ayat yg same macam kat atas tadi ! muahaha. masa aku dok sibuk cari payung, puas la aku dengar mak aku sindir aku ! aish, tahan jela telinga nih. :D


guys, i'm sorry sebab still tak sempat nak update entry bergambar untuk korang. insya-allah, kalau semua dah kembali tenang dan normal i'll do that for uoollss ! banyak benda nak story sebenarnye ni. sabar-sabar ~ hihihi



*aku&payung* pffftttt ! =.='



p/s : take care peeps ! thank you for reading this entry ! luv u guys :)







Friday, September 16, 2011

new life, new chapter & new beginning




hallu guys ! riiinnndduuu nyyeee kat blog nih. sekarang ni, aku dah pun bergelar pelajar semula. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun kadang-kadang ade jugak yg 'tergelincir'. aish ~ =.='


now, bermula lah satu lagi 'bab' baru dalam hidup aku. kalau dulu aku jadi rakyat kuantan untuk 3tahun, sekarang pulak bakal jadi rakyat selangor for this 3years. insya-allah :)


Universiti Teknologi Mara (UiTM). kampus yg sangat besar dan memerlukan aku menaiki bas & berjalan kaki untuk sampai ke fakulti pengurusan perniagaan. FYI, my 1st day : so terrible la ! aku jalan kaki ayam kot. TAK PAKAI KASUT ! sebab kaki aku melecet. spoil betul la ! sakit wohh ~ dah tak peduli dengan keadaan sekeliling lagi yg paling penting kaki aku tak sakit. muahaha :D


kat sini, aku belajar banyak sangat benda baru. kalau dulu semua urusan takde la complicated sangat sebab pihak kolej yg uruskan. now, semua atas inisiatif kita sendiri. memang survive habes weh ! huhu. nak cari pusat kesihatan dalam kampus, tapi boleh terlepas sampai seksyen 2 ! muahaha..


kediaman a.k.a kolej aku kat tingkat 7 oke ! mak aih, kemain tinggi lagi. mula-mula dapat tahu, termenung kejap. *kalau takde lif, macam mane aku nak angkut barang aku yg banyak tu ?* tarik nafas lega sebab : ade lif ! alhamdulillah. muka family aku pun 'bercahaya' semula ! ;)


ok guys, korang doakan semua urusan aku berjalan dengan lancar & dipermudahkan Allah. insya-allah. ouh, rindu sama sahabat-sahabat ku. tak sabau nak jumpe ! teheeeeee :)



p/s : pasni kalau korang jumpe aku mesti tak kenal. sebab aku dah kurus kena jalan kaki + naik tangga banyak sangat ! hehe. insya-allah, bila wifi kt kolej aku dah approve nanti, aku update entry bergambar untuk korang k. till then, take care peeps ! tqvm for reading this entry !


ok, bye !




Tuesday, September 6, 2011

riang ria raya - part 1

hallluu peeps ! dah seminggu beraya baru la aku sempat nak upload gambaq raya ni. muahaha. let's pics do talk ! :)




my lovely family bersama abah :)








bila la aku nak tinggi nih..?? aishh ~




maaf pakcik, sebab curik basikal ni. muahaha :D



en. yahya & pn. rosidah - sweet le teewww ~




meet Eflyn Dania. comel tak ? aku geram tengok pipi dia yg gebu tu.
puas aku cium-cium, cubit. muhahaha. nasib kau la dania dapat acik cam aku ni.




next entry, riang raya - part 2 pulak ok ? thank you for reading this entry ! take care and luv you guys.. :)





Wednesday, August 31, 2011

happy eid peeps ! :)



assalamualaikum,


firstly..









*kad raya untuk korang!* :D


sorry peeps ! ni entry nak cepat. kesibukan melayan anak, cucu & cicit yg bertandang ke rumah mengatasi segalanya. muahaha. insya-allah, ade masa nanti aku update story raya ok ? take care, jangan main mercun dan jangan bahayakan diri anda ! :)



kalau ada salah dan silap, aku menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf.
*duit raya jangan lupa bagi !* muahaha :D



thank you for reading this entry ! luv you peeps ! :)