CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 20, 2012

Hujung Minggu Yang GILA !



assalamualaikum,


di pagi yg hening lagi sejuk. sedang semua room mate ku dibuai mimpi indah, member hantar mesej : Jom kita pergi breakfast kat KFC nak ? oh, Puan Amnah. tahukah bahawa hari minggu merupakan waktu yg paling berkualiti untuk tidur bagi manusia seperti aku ? huhu. demi tidak menghampakan sahabat, aku gagahkan diri jua. lalu Aku, MiraNadia dan PuanAmnah menapak la pergi ke KFC Seksyen 7.



Thank You la yee PuanAmnah. ni breakfast paling 'bermakna' sepanjang aku duduk ShahAlam ni.
Bangun pagi di waktu cuti hanya untuk ini. haha. :)



Lepas breakfast, tiba-tiba datang idea merepek plus gila oleh Aku : Jom pergi tengok wayang. nak sangat tengok cerita ChowKit (sebab BetoKusyairy). haha. dan paling best sekali, MiraNadia & PuanAmnah menyokong idea gila aku tu. kami pun gerak la cari cab and terus ke Bukit Raja. tiba-tiba je kan Aku nih ? 




    sedih, sedih, sedih. sebab kat sini takde cerita ChowKit !
baru nak lepas rindu tengok BetoKusyairy. last-last pilih cerita Safe.



jenjalan pergi kedai buku Popular. hebat kan, cari buku masakan, menjahit.
bajett wanita sejati. haha. PuanAmnah je punn yg beli buku tu. sedeh dgn diri sendiri !



lepas tengok wayang, pergi makan-makan lagi. yeay ! ;) 




'Nasi Puaka'
biasa je rasa dia. tak sedap mana punn.
                                                             


'shopping ! let's have a wonderful time together'
sweet sangatt la konon ?? haha. :D



dah siap makan, terus laju-laju cabut pergi DATC sebab nak tengok member konvo. gila rushing. sebab dah lambat. tu la, sape suruh jalan tak hengat dunia ! huhu. 





Tahniah Bulat !!
amboi, kemain lebau senyum kau yee. hehe. best gila feeling konvo ! :)




tak tahu nak bagi caption apa dah. tengok jela gambar nih. haha.




tadaaa ! eh, sape yg konvo ni ?
aku memang suka menyibuk. haha. nak jugak, nak jugak.
dangg !! lempang diri sendirik laju-laju. =.='



yeah. hari ni memang hujung minggu yg sangat gilaa. haha. tapi, seronok sebab dapat keluar dengan MiraNadia & PuanAmnah. tak rancang pun nak tengok wayang bagai. tau-tau terlepas pergi Bukit Raja. assignment ke mana, study pun entah ke mana ! cuti betul kau yee Jemah. haha. :D

k,bai !


ThankYou for reading ! :)






Saturday, May 19, 2012

Susah Vs Senang





Di suatu petang yang hening. di bawah pohon rambutan...

Mak Cik J   : Senah, anak kau belajar ambik jurusan apa ?

Mak Cik S   : Ijazah Jurusan P****. anak kau ?

Mak Cik J   : Anak aku belajar susah. dia belajar yg nak jadi J**** tuu...

Mak Cik S  : Yeke.. Alhamdulillah. harapnya biarlah diorang tu belajar sungguh-sungguh. bawak balik ijazah untuk kita yee.

Mak Cik J : Anak kau selalu balik ke, Senah ?

Mak Cik S   : Kalau ada masa, balik la dia. kenapa ??

Mak Cik J  : Anak aku tak boleh balik selalu. maklum lah, dia kan belajar susah, lagipun dia selalu sibuk dengan aktiviti luar. biasa lah kann.

Mak Cik S  : Jah.. aku nak tanya kau. belajar apa yg SENANG dalam dunia ni ? kau dulu masa kat tadika belajar A,B,C..1,2,3 pun kau dah merungut susah. kita ni sebagai orang tua kena lah doakan  anak-anak kita tu yg terbaik. aku tahu, anak kau pandai, bijak.. alhamdulillah, aku tumpang gembira. tapi, cara kau bercakap tu macam tak kena la Jah..

Mak Cik J   : ........ (diam)



MORAL :

  • Kalau kita ada/mempunyai anak yg bijak pandai, sepatutnya bersyukur. "Alhamdulillah, KAU kurniakan aku anak-anak yg bijak Ya ALLAH". bukan asyik nak pukul canang sana sini. lepas tu siap nak banding-banding bagai dengan anak orang lain. apa yg mereka nak sebenarnya ea ? *pelik* 




  • Setiap orang yg menuntut ilmu, ada cabaran dan tahap mereka tersendiri. tak perlu la nak cakap "anak kau belajar senang. tak macam anak aku belajar susah" so, what's the problem ? mesej apa yg mereka ni nak sampaikan ? belajar apa yg senang ea dalam dunia ni ? 

  • sebagai ibu bapa atau orang yg lebih tua, bukan kah sepatutnya mereka mendoakan yg terbaik untuk anak-anak mereka ? ini tidak. ada je perkara yg tak enak di hadam oleh telinga diperkatakan. itu tak kena, ini tak kena. semuanya buruk kat pada mereka. kadang tu, selalu balik rumah pun boleh jadi isu. apakah ?? 

  • manusia. buat baik dikata, buat jahat LAGI lah dikata. lumrah alam mungkin. bersabar lah selagi mampu. apa yg penting, kita tak susahkan mereka-mereka ni. dia boleh bercakap apa pun, cakap lah sampai penat & pengsan ! nanti esok-esok kalau Allah tu nak tunjuk, diam lah mereka-mereka ni. bukan nak mendoakan yg tak baik. tapi, tu janji Tuhan kan ? :)


p/s : Hukum Karma. what's goes around, will comes around. so, tak ada apa yg perlu dirisaukan lagi. senyum dan tadah jela telinga ni dengar orang bercakap. mulut orang, mana boleh tutup. lain lah mulut tempayan ! haha.



cerita ini untuk ingatan kita bersama.
tiada kena mengena dengan yg hidup atau mati.
-sekian-
peace yaww ! :p










Sunday, May 13, 2012

Jangan Tanya Kenapa





Jangan Tanya Kenapa
Aku tak boleh nak terima kau
Dengan status sebagai 'kawan-luar-biasa'

Jangan Tanya Kenapa
Aku tak boleh nak 'HADAM'
cara kau melayan aku
kita kawan, bukan ?
kenapa kau perlu melayan aku berlebih-lebih ?

aku bukan MEMILIH..
tapi ia melibatkan keserasian
aku tak nak nampak 'Awkward'
bila aku diam dan malas nak melayan cerita kau
nanti akan nampak aku ni macam kurang ajar

Jadi diri sendiri, itu perlu !
cara kau boleh buat aku sangat-sangat tak selesa
maaf kan aku...

Jangan Tanya kenapa
sebab aku tak ada jawapan untuk soalan itu
aku hanya manusia biasa
yang punya perasaan 'tak suka'


maafkan aku...







Friday, May 4, 2012

Ketenangan









semoga semua keresahan yg mengganggu jiwa aku disaat dan ketika ini akan lenyap dan hilang. aku perlukan secebis ketenangan untuk melalui hari-hari yg mendatang.


sahabat, maaf jika diri ini tidak sempurna. diri ini hanyalah insan biasa yg tak lepas dari salah dan silap. andai ada kelakuan diri ini yg melampaui batas, ribuan kemaafan ku pohon. maaf seandainya diri ini tak mampu untuk menjaga hati dan perasaan kalian dengan sebaiknya. terima kasih kerana memberi peluang pada diri ini untuk merasai nikmat PERSAHABATAN itu. tanpa kalian, pasti hidup akan terasa kehilangan. semoga segala kekurangan diri ini dapat diterima dengan hati yg terbuka.


sahabat, kalian adalah salah satu HARTA yg sangat berharga dalam diri ini. aku terlalu sayangkan kalian !



terima kasih, sahabat...




Tuesday, May 1, 2012

Tuhan Berikanlah Aku Cinta




walau aku senyum bukan bererti
aku selalu bahagia dalam hari-hari ku
seperti ada yg tiada
dalam hati ini..jiwa terasa hampa

 aku bertemu sang Adam 
di simpang hidup ku
mungkin ada cerita cinta
namun seringkali cerita cinta ini di uji
dan terus di uji...

Tuhan berikanlah aku cinta
untuk temani aku dalam sepi
tangkap aku dalam terangmu
biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
aku juga punya rasa seperti mereka
yg ingin mengasihi dan dikasihi

kirim kan restu dan halalMU
Tuhan beri aku CINTA...



aku terima setiap ketentuanMU dengan redha, insyaAllah
berikan aku secebis kekuatan serta ketenangan agar aku dapat melalui hari-hariku tanpa sesal
sesungguhnya, hanya KAU yg Maha Mengetahui 
rahsia disebalik
setiap kejadian itu berlaku
menanti dengan penuh sabar
agar KEBAHAGIAN itu akan menjelma jua
amin...