CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 2, 2012

cerita 'zaman gembira' ku





assalamualaikum,


testing. testing. 1,2,3.. ehemm, ehemm ! feeling tulisan senget-senget pulak hari ni :)


setiap insan pernah dan mesti akan melalui 'zaman gembira' mereka. mungkin dengan cara yg berbeza. tapi yg pastinya, waktu itu akan meninggalkan satu 'kenangan manis' untuk dikenang dan di ingat sepanjang hayat kita. benar kan ? aku juga begitu.


macam yg kita semua tahu, kanak-kanak memang suka dengan segala bentuk permainan. termasuk lah aku. zaman aku dulu, mana ada alat permainan yg canggih-manggih ni semua. antara permainan paling glamour masa tu, pondok-pondok, polis sentri (main kejar-kejar pencuri), lawan pemadam, rebut tiang, baling selipar, main ceper dan sebagainya. nak tulis semua, sampai esok tak habis ! :)




rebut tiang
(selalu main game ni sementara nak tunggu ustaz masuk kelas kat sekolah agama dulu)



atas : main ceper

bawah : lawan pemadam




terlalu cepat masa berlalu, sampai tak sedar yg sebenarnya kita dah lama tinggalkan zaman kanak-kanak yg penuh dengan gelak ketawa. tak fikir pun pasal segala macam masalah yg wujud kat muka bumi ni. cuma tahu main, makan, tidur. bila fikir macam ni, sewaktu berumur lewat 20-an memang lah kita rasa seronok. tak tahu, masa main pondok-pondok dulu selalu bergaduh sampai nangis-nangis sebab kawan curi kuali kita. indahnya waktu tu. boleh buat kita tersenyum sendiri bila ingat balik..


kenapa tiba-tiba cerita pasal zaman kanak-kanak ? tadi aku baru je jumpa semula dengan kawan masa sekolah rendah dulu. biasa lah, zaman canggih orang search kat FB je. lebih 10 tahun rasanya tak pernah terserempak dengan dia sejak aku tinggalkan sekolah rendah tu. lama kan ? aku cuba cari dia. tapi tak berjaya pun. rezeki, Allah temukan aku dengan dia semula tadi..


banyak perkara yg di ceritakan. sambil baca comment-comment mereka, buat aku ketawa dan ter-senyum kerang ! yela, habis semua cerita zaman kanak-kanak dulu jadi bahan bualan. ada yg dah bergelar isteri & suami, bakal jurutera, economist..kalau lah mereka setuju nak buat reunion, mesti seronok kan ? yela, dah belas tahun tak jumpa. mesti banyak yg dah berubah..




semoga persahabatan yg terjalin ini akan berkekalan sampai akhir hayat, insya-Allah. kerana hadirnya kalian dalam 'zaman gembira' ku sangat bermakna dan penuh warna-warni. cerita yg akan dikenang sampai bila-bila ! mana lah tahu kan, satu hari nanti akan ada entry pasal reunion kami. mesti seronok.


insya-Allah..kalau di izinkan, pasti kita akan bertemu semula !




thank you for reading this entry !






Meniti Perjalanan







kini ku sendirian meniti perjalanan
jiwaku kehausan
rindukan pertemuan..pertemuan

setelah kau ku tinggal
ku diburu sesalan
dosa-dosa yang silam
ku mohon keampunan..keampunan

ingin menyusur kembali
jalan yang kita lewati
ingin daku ulangi
bersamamu kasih

namun sayangnya hatimu terkunci
tiada ruang lagi
untuk ku memberi

sayangnya kehadiran ini
dinginnya sekali
tak lagi beerti..tak seindah mimpi

ingin ku sendirian meniti perjalanan
ku dakapi kenangan
di dalam kesyahduan..kesyahduan




thank you for reading this entry !







Sunday, April 1, 2012

random # 4




assalamualaikum,


lama betul tak update cerita kat sini. bersawang, berhabuk dah blog ni. tak lah sibuk mana pun. cuma kemalasan yg melanda diri melebihi segala-galanya. sampai member aku pun bising "kau dah kenapa ? setiap kali singgah blog kau, asyik entry yg sama je" sorry babe, memang aku malas dan tak de feeling. jawab aku sambil ter-senyum kerang. :)




anda tahu macam mana rasa bila orang tak suka kita ? yeah, itu lah salah satu masalah yg meragut ketenangan jiwa aku. kata-kata tu macam menghantui aku ! buat otak aku tak boleh nak mencerna 'input istimewa' tersebut. asyik teringat setiap masa. huh, poyo pulak rasa ayat aku kali ni. sekali-sekala apa salahnya.



orang disekeliling selalu kata : zaman remaja, zaman study, zaman sekolah adalah satu masa yg sangat-sangat berharga dan paling seronok dalam hidup kita. benar kan ? ya, aku pun rasa statement tu betul. 'zaman kegemilangan' tu, cuma datang sekali je dalam hidup. so, kenapa kau nak 'calarkan' kenangan itu dengan mencipta 'titik hitam' ?


kau kena ingat, kau tak suka orang. adakah orang akan suka kau ? kau rasa, kau adalah manusia yg sangat pandai menjaga hati dan perasaan semua orang. tapi, benarkah begitu ? setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan yg tersendiri. belajar untuk adapt dengan keadaan sekeliling kau. memang ini ayat cliche. aku akui. tapi, sebagai manusia aku tak lepas dari melakukan kesilapan. kau pun begitu juga, kan ? terima kasih kerana menyedarkan aku !





sekarang, aku bebas. aku tak perlu melalui 'situasi' seperti dulu lagi. tak mengapa kalau aku jauh dari kau dan hanya berjumpa sekali-sekala. aku lega. alhamdulillah, Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk aku. semoga kau lebih 'bahagia' tanpa perlu melihat muka dan melayan kerenah aku yg BEBAL, PELIK dan TAK TAHU BERSYUKUR ni. tapi, kau perasan tak yg semakin kau tak suka aku semakin Allah dekatkan kita ? alhamdulillah :)


experience ni banyak bagi aku pengajaran ! maafkan aku kalau aku bukanlah sahabat yg baik dan sempurna buat kau. aku selalu pegang kata-kata : sesuatu itu berlaku dengan sebab. Allah tahu apa yg terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.



thank you for reading this entry !







Wednesday, December 28, 2011

random # 3

assalamualaikum,







lama rasanya tak menjenguk ke blog nih. terlalu banyak kerja sampai tak sempat nak update. aih, sibuk mengalahkan menteri jek. huhuhu. nampak poyo dan cliche kan ? but, that's true ! final exam just around the corner, but still ada report yg belum submit. mujur lah dateline sampai hujung tahun nih. aih ! =.='


sedar tak sedar, dah nak habis satu semester. kejap je kan ? masa berlalu tanpa aku sedar. and at the same time, too many 'masalah jiwa kacau' yg melanda. kadang tu, rasa macam nak give up je. but, my mom said : sabar tu kan sebahagian dari iman. acha kena lah jadi orang yg kuat dan sabar. oh mak, kalau lah mak dekat dengan acha all the time kan bagus ! oke, itu memang tak mungkin kan ~



*i do not know laa* =.='


again, tanpa sedar tahun 2011 dah nak sampai ke penghujugnya. hahaii, kejap betul. azam tahun ni tercapai semua ke ? tak ! antaranya, misi untuk mencari cinta. muahaha. memang payah azam yg satu nih. it's ok, still boleh tambah dalam list azam tahun depan kan..? insya-allah ! kot la boleh ter-jumpa klon Beto Kusyairy ke. muehehe ;)



*jatuh cinta suda nih sama beto kusyairy* muahaha :D



actually, aku ter-ingin sangat nak jumpa dengan 'someone' nih and then nak cakap TERIMA KASIH. sebab dia, agak-banyak perubahan yg berlaku kat aku. positive dan selalu buat aku berfikir sebelum buat sesuatu perkara tu. aku tak pernah pun bercakap dengan dia. even senyum pun tak pernah ! hanya dengar suara dan lihat dari jauh. subhanallah, maha besar kuasa Allah. *semoga diberi peluang untuk bertemu kembali,insya-allah*




orait, now masa untuk siapkan segala report yg ter-bengkalai tuh and study. do pray for me and my friends ya ! sampai bertemu kembali ! take care.




thank you for reading this entry ! :)






_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Monday, December 5, 2011

random # 2




alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas dibumi milik Allah SWT ini. thank you Allah ! hari-hari aku masih lagi dipenuhi dengan tugasan dan kelas. so tired, but this is my responsible. *mak cakap, jangan mengeluh* fine, i'll try my best to avoid it.


segala masalah yang tak perlu untuk difikir dan disimpan, semua aku dah buang jauh-jauh. i need to be more positive. yeah, memang susah. but, no choice. aku still kena hadap dan terima. at least, aku cuba untuk berubah dan jadi lebih baik ! don't regret yesterday and something happen for reasons ! rite ? :)


di waktu, saat dan ketika ni aku sangat merindui mereka



Puan Rosidah
# Mak, terima kasih sebab selalu ada untuk jadi 'teman' Acha.
# I Love You !



Encik Yahya
# Rindu nak lepak dengan Ayah ! main gitar sama-sama.. :)



# awak, bila boleh jumpa ? rindu nak borak lama-lama ! =.='



Azri, Azwan, Afif



Nisa & Ieqa



p/s : rasa macam nak terbang sekarang jugak jumpa dengan mereka semua !
*aih, dalam mimpi jela* =.='


thank you for reading this entry ! ok,bye !