CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 1, 2012

random # 4




assalamualaikum,


lama betul tak update cerita kat sini. bersawang, berhabuk dah blog ni. tak lah sibuk mana pun. cuma kemalasan yg melanda diri melebihi segala-galanya. sampai member aku pun bising "kau dah kenapa ? setiap kali singgah blog kau, asyik entry yg sama je" sorry babe, memang aku malas dan tak de feeling. jawab aku sambil ter-senyum kerang. :)




anda tahu macam mana rasa bila orang tak suka kita ? yeah, itu lah salah satu masalah yg meragut ketenangan jiwa aku. kata-kata tu macam menghantui aku ! buat otak aku tak boleh nak mencerna 'input istimewa' tersebut. asyik teringat setiap masa. huh, poyo pulak rasa ayat aku kali ni. sekali-sekala apa salahnya.



orang disekeliling selalu kata : zaman remaja, zaman study, zaman sekolah adalah satu masa yg sangat-sangat berharga dan paling seronok dalam hidup kita. benar kan ? ya, aku pun rasa statement tu betul. 'zaman kegemilangan' tu, cuma datang sekali je dalam hidup. so, kenapa kau nak 'calarkan' kenangan itu dengan mencipta 'titik hitam' ?


kau kena ingat, kau tak suka orang. adakah orang akan suka kau ? kau rasa, kau adalah manusia yg sangat pandai menjaga hati dan perasaan semua orang. tapi, benarkah begitu ? setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan yg tersendiri. belajar untuk adapt dengan keadaan sekeliling kau. memang ini ayat cliche. aku akui. tapi, sebagai manusia aku tak lepas dari melakukan kesilapan. kau pun begitu juga, kan ? terima kasih kerana menyedarkan aku !





sekarang, aku bebas. aku tak perlu melalui 'situasi' seperti dulu lagi. tak mengapa kalau aku jauh dari kau dan hanya berjumpa sekali-sekala. aku lega. alhamdulillah, Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk aku. semoga kau lebih 'bahagia' tanpa perlu melihat muka dan melayan kerenah aku yg BEBAL, PELIK dan TAK TAHU BERSYUKUR ni. tapi, kau perasan tak yg semakin kau tak suka aku semakin Allah dekatkan kita ? alhamdulillah :)


experience ni banyak bagi aku pengajaran ! maafkan aku kalau aku bukanlah sahabat yg baik dan sempurna buat kau. aku selalu pegang kata-kata : sesuatu itu berlaku dengan sebab. Allah tahu apa yg terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.



thank you for reading this entry !







1 comment: