CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 2, 2012

cerita 'zaman gembira' ku





assalamualaikum,


testing. testing. 1,2,3.. ehemm, ehemm ! feeling tulisan senget-senget pulak hari ni :)


setiap insan pernah dan mesti akan melalui 'zaman gembira' mereka. mungkin dengan cara yg berbeza. tapi yg pastinya, waktu itu akan meninggalkan satu 'kenangan manis' untuk dikenang dan di ingat sepanjang hayat kita. benar kan ? aku juga begitu.


macam yg kita semua tahu, kanak-kanak memang suka dengan segala bentuk permainan. termasuk lah aku. zaman aku dulu, mana ada alat permainan yg canggih-manggih ni semua. antara permainan paling glamour masa tu, pondok-pondok, polis sentri (main kejar-kejar pencuri), lawan pemadam, rebut tiang, baling selipar, main ceper dan sebagainya. nak tulis semua, sampai esok tak habis ! :)




rebut tiang
(selalu main game ni sementara nak tunggu ustaz masuk kelas kat sekolah agama dulu)



atas : main ceper

bawah : lawan pemadam




terlalu cepat masa berlalu, sampai tak sedar yg sebenarnya kita dah lama tinggalkan zaman kanak-kanak yg penuh dengan gelak ketawa. tak fikir pun pasal segala macam masalah yg wujud kat muka bumi ni. cuma tahu main, makan, tidur. bila fikir macam ni, sewaktu berumur lewat 20-an memang lah kita rasa seronok. tak tahu, masa main pondok-pondok dulu selalu bergaduh sampai nangis-nangis sebab kawan curi kuali kita. indahnya waktu tu. boleh buat kita tersenyum sendiri bila ingat balik..


kenapa tiba-tiba cerita pasal zaman kanak-kanak ? tadi aku baru je jumpa semula dengan kawan masa sekolah rendah dulu. biasa lah, zaman canggih orang search kat FB je. lebih 10 tahun rasanya tak pernah terserempak dengan dia sejak aku tinggalkan sekolah rendah tu. lama kan ? aku cuba cari dia. tapi tak berjaya pun. rezeki, Allah temukan aku dengan dia semula tadi..


banyak perkara yg di ceritakan. sambil baca comment-comment mereka, buat aku ketawa dan ter-senyum kerang ! yela, habis semua cerita zaman kanak-kanak dulu jadi bahan bualan. ada yg dah bergelar isteri & suami, bakal jurutera, economist..kalau lah mereka setuju nak buat reunion, mesti seronok kan ? yela, dah belas tahun tak jumpa. mesti banyak yg dah berubah..




semoga persahabatan yg terjalin ini akan berkekalan sampai akhir hayat, insya-Allah. kerana hadirnya kalian dalam 'zaman gembira' ku sangat bermakna dan penuh warna-warni. cerita yg akan dikenang sampai bila-bila ! mana lah tahu kan, satu hari nanti akan ada entry pasal reunion kami. mesti seronok.


insya-Allah..kalau di izinkan, pasti kita akan bertemu semula !




thank you for reading this entry !






No comments:

Post a Comment