CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 2, 2011

you're so annoying la !!



assalamualaikum

firstly, selamat berpuasa kepada semua umat islam yg berada di muka bumi Allah s.w.t ni. syukur alhamdulillah sebab kita semua masih berpeluang untuk bertemu dan merasai nikmat bulan yg mulia ini. thank you Allah ! :)


ok, berbalik pada tajuk entry kat atas tu.. actually aku memang tak puas hati dan rasa nak marah la senang cerita. korang pun tahu kan dalam bulan ramadhan ni kita disunatkan buat solat tarawih, dan semua rasa tak puas hati aku ni bermula bila :


--> ada segelintir manusia yg langsung TAK BOLEH BERHENTI BERCAKAP ! even waktu ustaz bagi tazkirah pun dia dok sibuk la membebel entah apa - apa. alahai, letih la ! tak boleh ke anda hormat dengan jemaah lain yg nak dengar tazkirah tu ?? bukan bisu pun kalau tak cakap untuk beberapa jam. yes, i admit yg dulu pun aku pernah la buat macam tu. sampai kena tegur lagi <-- terserlah kejahilan aku di situ ! sekarang tak nak dah buat lagi. malu woh kena tegur. tapi, kita kena la belajar untuk hormat orang lain kan. yg ada tu, imam dah takbir pun masih lagi dok bercakap tak henti - henti. apakah ??




--> ustaz tengah baca doa, tapi dia dok sibuk BALAS SMS. Ya Allah, tak boleh ke biar sekejap handphone tu ? penting sangat ke sampai kan waktu solat pun nak berSMS ?? apakah yg anda sedang fikirkan pada waktu dan ketika itu ? aku memang la tak berkenan langsung dengan perangai manusia macam ni. guys, TIADA PANGGILAN YG LEBIH PENTING MELAINKAN SERUAN ILAHI.


--> bagi kaum ibu yg membawa anak - anak kecil, tolong la nasihat anak anda supaya jangan berbuat bising waktu semua jemaah sedang solat. tak salah kalau nak bawak anak - anak ke surau atau masjid, ustaz sendiri pun ade galakkan dengan tujuan supaya anak - anak ini diberi pendedahan ketika mereka masih kecil. <-- dah macam ayat ustazah pulak ! hehe. tapi, tak salahkan kalau anak - anak anda diberi peringatan supaya jangan terjerit - jerit, berlari kesana sini. sebab ia akan mengganggu orang yg nak solat. kalau anda tak marah bila anak buat salah, mesti la dia fikir ape yg dia buat tu betul. aishh..letih la kalau macam ni ! =.='




dear peeps, solat tarawih tu bukannye lame mane pun. tak boleh ke anda menahan keinginan untuk BERCAKAP & berSMS anda tu ? tolong la hormat orang lain. baik - baik dapat pahala berganda dengan niat ikhlas beribadat kerana Allah terus hilang pahala tu sebab dok ter-mengumpat dalam hati. bahaya betul la !


"Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk
umat islam berpesta untuk melakukan amal ibadat"


rebut la peluang yg ada ni dengan sebaik - baiknya. sementara kita masih lagi diberi kesempatan untuk merasai nikmat-NYA yg tidak ternilai ini. insya-Allah, sama - sama lah kita berdoa kepada Allah semoga diampunkan segala dosa kita yg lalu.

uuiiii, terasa macam bagi ceramah pulak ! huhu. actually this entry more to remind myself la. perubahan itu perlu dalam setiap hidup manusia. kalau dulu kita pernah buat salah, tak kan selamanya kita nak macam tu kan ? so, renung - renung kan dan selamat beramal !





- thank you for reading this entry -
* selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran & kenikmatan *






No comments:

Post a Comment