CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 30, 2011

fakta tentang COKLAT !! sila ambil perhatian..!





ini coklat. anda suka makan coklat ? aku ada terbaca satu fakta yg sgt menarik pasal makanan yg di katakan mempunyai gizi tidak sihat dan jugak MENGGEMUKKAN ni. <--- seram aku ! haha.

sebelum ni,selalu kita dengar fakta tentang coklat semuanye negatif. tanpa anda sedari,coklat jugak ada khasiat dan kebaikan yg TERSENDIRI. dalam menu diet pun ada disarankan bahawa coklat merupakan salah satu makanan yg baik ! :)


antara kebaikan coklat ni adalah :






COKLAT TIDAK MENGGEMUKKAN. isu yg sebenar adalah bila kita makan secara berlebihan. perangkaan terbaru seluruh dunia menunjukkan,bilangan orang gemuk semakin ramai. makan secara sederhana termasuklah coklat,disertakan dengan senaman kardiovaskular adalah rahsia mengekalkan berat badan yg sihat. sebenarnya,tidak ada sesuatu makanan tertentu yg boleh menggemukkan. lazimnya, yg menentukan berat badan seseorang itu adalah jumlah dan kadar makanan yg diambil. <--- ouuuhh, aku sgt suka dgn fakta nih ! muaahahaha :D


PENGHIDAP DIABETES BOLEH MAKAN COKLAT. menarik kan ? huhu. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima. so, penghidap diabetis boleh menikmati coklat ! tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.





COKLAT BUKAN PUNCA PENYAKIT JANTUNG. dalam kes ni pulak,ramai yg mengatakan coklat adalah punca penyakit jantung semakin meningkat. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.


COKLAT TIDAK MENYEBABKAN JERAWAT. <--- antara perkara karut paling umum dikalangan remaja. ini sama sekali TIDAK BENAR ! maklumat sekian lama jelas menyatakan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.




i <3 chocolate ! :)



dear peeps,coklat boleh dimakan..tetapi bukan dengan cara berlebihan. tak kira ape pun yg kita nak makan haruslah dalam kadar yg sederhana. bagi memastikan kesihatan kita ditahap yg baik. kalau dah sakit nanti, kita jugak yg susah kan ? mencegah lebih baik dari mengubati :)

yg PALING penting sekali, kita kena amalkan cara hidup yg sihat. bersenam itu perlu ! tak pun,buat la apa-apa aktiviti yg boleh keluarkan peluh. kalau malas nak keluar rumah untuk bersenam, anda boleh bersihkan kawasan rumah. tak pun kemas rumah ke, mop lantai pun boleh la..hahaha.g0od luck peeps ! thank you for reading ! :)



No comments:

Post a Comment