CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 26, 2011

Adil kah ??



wahai kaum adam,

terlalu kompleks untuk aku memahami apa yg tersirat dihati dan fikiran mereka ni...boleh jadi apa yg dikata tak sama dengan apa yg mereka lakukan..pandai berkata-kata hingga mampu membuat sesiapa sahaja akan mempercayainya.tapi,dalam masa yg sama mereka boleh berubah dalam sekelip mata saja..adilkah anda ??


pernahkah anda terfikir apa perasaan kaum hawa yg anda mainkan perasaan mereka ? pandai berjanji tapi tak pernah mencuba untuk kotakan janji-janji anda..semua orang perlu untuk faham keadaan dan situasi diri anda..pernahkah anda cuba untuk faham diri dan keadaan orang di sekeliling anda ? adilkah ??


wahai kaum adam yg amat aku hormati,

adilkah anda sekiranya hanya anda yg layak berkata apa jua yg anda rasa tanpa anda mendengar apa yg sebenarnya tersirat dihati kaum hawa ? pernah kah terlintas difikiran anda bahawa kaum hawa juga mempunyai hak yg sama seperti anda ? anda menjatuhkan hukum tanpa menilai mana yg benar dan salah ! membuat keputusan sesuka hati anda...


anda inginkan pasangan anda (kaum hawa) seorang yg setia pada anda..tapi,adakah anda melakukan perkara yg sama ? adilkah jika anda berkata,separuh hati anda pada wanita A..dan separuh lagi untuk wanita B ? apakah yg sedang anda fikirkan sewaktu anda melafazkan kata-kata itu ? perasaan dan hati kami tak perlu dijaga kah ?


anda datang dan pergi dalam hidup kami bila-bila anda rasa perlu dan bila-bila anda rasa suka...dan kami hanya perlu terima kedatangan dan kepergian anda dengan ikhlas hati tanpa perlu memikirkan sakit yg bakal kami tanggung ?? adil kan anda ?


kaum adam yg ku kasihi,

seperti mana yg anda inginkan dari kaum hawa...begitu juga sebaliknya.jgn fikir kaum hawa mudah untuk terima semua perbuatan anda dengan rela hati..setiap kesalahan yg anda lakukan,tak kira apa jua kesalahan..anda akan memohon maaf,dan meminta kaum hawa lupakan begitu saja..terlalu kerap perkataan maaf itu dituturkan,sehingga seperti tiada nilai maaf anda itu..adilkah anda wahai kaum adam ??


kaum hawa perlu berfikiran positif..kaum adam tak perlu ?? anda berkawan dgn kaum hawa yg lain,tak mengapa...bila kaum hawa berkawan dgn kaum adam yg lain,anda menuduh kami tak setia...apa yg anda inginkan sebenarnya,wahai kaum adam ?


wahai kaum adam...

cuba letakkan diri anda ditempat kaum hawa dan rasakan apa yg kaum hawa rasakan hasil dari perbuatan yg ADIL bagi anda itu...


-sekian terima kasih-




p/s : aku tau,tak de insan yg sempurna dlm dunia ni..tapi,sampai bila alasan itu perlu digunakan untuk menutup setiap kesalahan ?? sekurang-kurangnya,kita cuba untuk menjadi yg terbaik..dari langsung tak de usaha ke arah itu ! entry ni kisah benar dari pengalaman seorang insan yg aku kenali...bagi mereka yg BUKAN seperti yg aku nyatakan di atas,tak perlu lah anda terasa,berasa atau merasa hati yek ! thank you for reading this entry peeps ! :)







No comments:

Post a Comment