CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 4, 2012

Ketenangan









semoga semua keresahan yg mengganggu jiwa aku disaat dan ketika ini akan lenyap dan hilang. aku perlukan secebis ketenangan untuk melalui hari-hari yg mendatang.


sahabat, maaf jika diri ini tidak sempurna. diri ini hanyalah insan biasa yg tak lepas dari salah dan silap. andai ada kelakuan diri ini yg melampaui batas, ribuan kemaafan ku pohon. maaf seandainya diri ini tak mampu untuk menjaga hati dan perasaan kalian dengan sebaiknya. terima kasih kerana memberi peluang pada diri ini untuk merasai nikmat PERSAHABATAN itu. tanpa kalian, pasti hidup akan terasa kehilangan. semoga segala kekurangan diri ini dapat diterima dengan hati yg terbuka.


sahabat, kalian adalah salah satu HARTA yg sangat berharga dalam diri ini. aku terlalu sayangkan kalian !



terima kasih, sahabat...




Tuesday, May 1, 2012

Tuhan Berikanlah Aku Cinta




walau aku senyum bukan bererti
aku selalu bahagia dalam hari-hari ku
seperti ada yg tiada
dalam hati ini..jiwa terasa hampa

 aku bertemu sang Adam 
di simpang hidup ku
mungkin ada cerita cinta
namun seringkali cerita cinta ini di uji
dan terus di uji...

Tuhan berikanlah aku cinta
untuk temani aku dalam sepi
tangkap aku dalam terangmu
biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
aku juga punya rasa seperti mereka
yg ingin mengasihi dan dikasihi

kirim kan restu dan halalMU
Tuhan beri aku CINTA...



aku terima setiap ketentuanMU dengan redha, insyaAllah
berikan aku secebis kekuatan serta ketenangan agar aku dapat melalui hari-hariku tanpa sesal
sesungguhnya, hanya KAU yg Maha Mengetahui 
rahsia disebalik
setiap kejadian itu berlaku
menanti dengan penuh sabar
agar KEBAHAGIAN itu akan menjelma jua
amin...




Tuesday, April 17, 2012

obsesiku # 2




kalau dah suka...




+


+


muka teruja macam menang loteri ! =.='



=








apa saja yg berkaitan 'lelaki ini'. semua akan cuba di dapatkan.

to be continued...





thank you for reading !






Saturday, April 14, 2012

obsesiku # 1




assalamualaikum


tadi aku selongkar YouTube. mula-mula selongkar dengan niat nak dengar ada sorang budak perempuan berbangsa Thailand ni buat cover lagu-lagu melayu. sekali, ter-jumpa pulak dengan sorang hamba Allah ni. affanaizatMUSIC. awesome habess ! *jatuh cinta*


ni antara feveret video aku. yg lain semua best and gojes. tapi yg ni, aku dah ulang lebih doploh kali. haha. dah siap convert to mp3.. :)





boleh juga LIKE page beliau http://www.facebook.com/affanaizatMUSIC

selamat ter-jatuh cinta dengan beliau !





nak share itu saja. thank you for reading !





Wednesday, April 11, 2012

surat CINTA





Dear Babe,

masih ingat waktu mula-mula kita ter-jumpa semula ? mungkin moment itu bukan satu 'kenangan yg manis macam gula-gula' untuk kau, tapi aku masih ingat sampai sekarang. aku sangat senang dengan kehadiran kau dalam hidup aku. ya, kita kawan. tapi aku memang suka kau dah lama. itu hakikat. lepas tu, kita rapat. *bahagia*


kau nak tahu kenapa aku suka kau ? sebab, kau LAIN. kau tak sama dengan 'mereka' yg pernah hadir dalam hidup aku dengan status sebagai kawan-luar-biasa. ingat lagi masa first time kita 'date' ? waktu tu, aku rasa macam jantung aku nak tercabut ! punya lah gelabah. aku pakai baju kurung, hanya sebab kau pernah bagitau yg kau suka perempuan pakai baju kurung. *fuhh, tak pernah lagi aku keluar jumpa kawan-luar-biasa pakai baju kurung* ini bukti kau istimewa bagi aku. sweet tak ? :)


Dear Babe,

kau nak tahu ? bila aku sangat perlukan seseorang untuk ada masa aku sedih, aku ingat kau. walaupun kau cakap benda yg mengarut, tapi aku suka nak dengar. kau buat lawak yg tak kelakar langsung, tapi aku suka je nak buat-buat gelak. kalau kau 'hilang' tiba-tiba, aku rasa macam tak boleh nak bernafas dengan tenang. kenapa ?


tolong jangan pergi. aku tak boleh kalau kau tiada. ingat, walau dengan status apa sekali pun kau kena ada untuk aku. mengarut dan melampau. betul, tapi itu yg aku rasa. maaf kalau aku susahkan kau dengan permintaan tak masuk akal ni. kisah kita mungkin tak menarik untuk dicerita. tapi, bagi aku kau kisah yg 'manis' dalam salah satu bab kamus hidup insan yg bernama Siti Aisyah Yahya. terima kasih !


Dear Babe,

andai 'bahagia' itu bukan untuk kita, aku redha. kalau ia betul untuk kita, aku terima dengan lapang dada. walau apa juga dugaan yg datang dalam hidup, kau kena kuat. insya-Allah,aku akan cuba untuk ada waktu kau perlukan. aku sentiasa mendoakan kau dapat jalani hari-hari mendatang dengan tenang. jangan sia-sia kan masa yg ada ni. jadi budak baik, ok ? aku sayang kau sangat.. :)



with love,

your babe




thank you for reading this entry !